Orang Perempuan Kalau Ikhlas Terima Kita Sedaanya, Senang Je Nak Bahagiakan Dirinya. Buat Benda-Benda Simple Macam Ni Pun Dia Orang dah Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak bahagiakan isteri, senang je sebenarnya. Orang perempuan ni kalau dia dah ikhlas terima kita, maka senang je nak bahagiakan dia. Apa yang kita buat walaupun perkara simple pasti akan buat dia tersenyum dan rasa bahagia. Senang je, cuma kita je kadang-kadang bagi seribu alasan buat susah.

Adakala sebagai suami kita tak mampu nak bawa isteri makan di tempat mewah setiap hari, nak belikan emas setiap bulan, berikah hadiah mahal setiap kali ulangtahun perkahwinan, dan ketahuilah bahawa isteri yang memahami tidak akan meminta –minta kerana tahu anda perlu pentingkan yang lebih penting. Di sini kami berikan beberapa benda yang anda boleh buat yang boleh buat isteri anda tersenyum lebar walaupun ianya benda simple sahaja.



1. Bawa balik makanan untuk isteri dan anak-anak

Selepas pulang dari kerja, belilah sesuatu untuk isteri dan anak-anak untuk dijadikan makan petang dan kudapan bersama-sama di depan televisyen. Tak perlu KFC tak perlu PIZZA HUT, cukuplah jika belikan pisang goreng, keropok lekor. Bukan sahaja anak-anak berasa gembira tetapi isteri adalah lebih bahagia kerana dapat menikmati waktu kualiti bersama keluarga.



2. Sekuntum mawar merah setahun sekali.

Apabila tibanya hari ulangtahun perkahwinan anda dan isteri, pastinya isteri akan lebih mengingati berbanding suami. Sebagai suami, sesibuk manapun anda , seeloknya janganlah lupa pada tarikh keramat itu, ianya berlaku setahu sekali sahaja. Isteri sudah cukup gembira jika anda mengingatinya, apatah lagi jika tiba-tiba mendapat sekuntum bunga mawar sebagai tanda cinta kalian masih utuh dan segar meski sudah lama berkahwin. Percayalah isteri anda akan tersenyum lebar sepanjang hari kerana suaminya seorang yang romantik.

3. Tolong basuh baju.

Pada hujung minggu, jika tiada apa-apa aktiviti, bolehlah tolong isteri basuhkan baju dan lebih elok jika dijemur juga. Adakala sebagai suami,kita perlu cuba buat apa yang sudah lama kita tak buat, yelah sejak beristeri, semuanya isteri yang buat. Pastinya isteri anda akan tersenyum sahaja apabila tugasnya sekali sekala diambil alih oleh suami.



4. “Harini awak cuti masak, abang nak bawa kita sekeluarga makan di luar”.

Siapapun yang mendengar ayat ini, pasti melompat kegembiraan, lebih-lebih lagi isteri yang jarang-jarang keluar rumah. Pada masa yang sama, bolehlah dia berehat tidak perlu masak untuk hari itu. Percayalah isteri anda tidak mengharapkan anda bawa ke restoran mewah, cukuplah di kedai makan biasa pun sudah cukup buatnya. Suami boleh buat semasa hari gaji.

5. Picit kepala, urut betis.

Adakala suami terlepas pandang, isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa adalah insan yang paling penat kerana seharian ‘bekerja’. Sesekali pada waktu malam sewaktu tengok tv, bolehlah duduk di sebelah isteri dan picit kepala serta urut betisnya. Itu tandanya anda faham isteri anda juga penat meski di rumah saja. Jika anda pulang ke rumah dan melihat rumah anda kemas dan anak-anak juga bersih, ketahuilah isteri anda tidak pernah ‘duduk diam’ di rumah. Tunjukkanlah rasa terima kasih anda kepadanya meski tidak terucap dek kata-kata.

Tips ini lebih sesuai bagi mereka yang memiliki isteri sebagai suri rumah tangga. Namun tidak salah jika mereka yang bekerja juga mencuba dan lihat reaksi isteri anda. Pokok pangkalnya di sini, suami perlu tahu bagaimana cara membahagiakan isteri walau dengan perkara-perkara simple sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen