Tak Payah Malu Nak Bawa Bekal Pergi Kerja, Silap-Silap Korang Mampu Kumpul Duit Kahwin Dalam Masa Setahun.

Duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit. Itulah ayat yang kita selalu dengar pada zaman sekarang di mana segala-galanya memerlukan duit bahkan mahu masuk ke tandas awam sekalipun. Ketahuilah bahawa zaman sekarang langsung tidak boleh dibandingkan dengan zaman dahulu kerana perubahannya sangat drastik dan jauh berbeza.



Jika dulu pada zaman 90-an, wang saku untuk sekolah anak biasanya RM1-RM2 sahaja kerana makanan di kantin dijual dengan harga yang sangat murah. Namun sekarang tidak lagi. Anak-anak pada zaman sekarang perlukan sekurang-kurangnya RM5, bukan kerana mereka boros tetapi peningkatan taraf hidup memaksa peniaga menjual makanan dengan harga tinggi sebagaimana kita semua sedia maklum.



Itu dari segi perbelanjaan sekolah anak, bagaimana pula perbelanjaan ibu bapa di tempat kerja? Jika berkereta, perlu isi minyak sekurang-kurangnya RM50 seminggu bergantung jarak perjalanan, begitu juga dengan yang bermotosikal. Bagaimana pula dengan makan tengah hari di tempat kerja? Sekurang-kurangnya RM15-RM20 sekali makan. Jika didarabkan dengan sebulan sudah RM berapa.

Walaubagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Antara jalan penyelesaian yang pasti berkesan kerana sudah dicuba oleh banyak keluarga ialah dengan membawa bekal ke sekolah dan ke tempat kerja. Bagi isteri yang suri rumah, boleh sediakan sarapan dan juga bekal untuk anak-anak dan suami. Bagi yang bekerjaya, mungkin boleh sediakan bahan masak untuk seminggu. Contohnya asingkan siap-siap lauk yang akan dimasak selama seminggu setiap pagi. Ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi membantu kerana tidak perlu pening memikirkan menu setiap hari.

Selepas mencuba membawa bekal ke sekolah dan ke tempat kerja, cuba kirakan berapa banyak duit yang telah dijimatkan? Pastinya banyak dan duit itu boleh dijadikan simpanan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Sebenarnya tiada istilah memalukan dengan membawa bekal ke pejabat, bahkan sesiapa sahaja yang melihat pasti berasa kagum dengan usaha anda.

Anda masih keseorangan?

835,866 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen