Bila Pasangan Kantoi Curang Nak Kena Buat Apa? Jangan Cepat Melatah Walaupun Hati Terluka, Baik Yang Dah Kahwin Atau Belum Ini Yang Korang Kena Buat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak semua orang akan bernasib baik dengan perkahwinan yang dibinanya. Jika ujian yang kecil datang menimpa, maka syukurilah dan ingat bahawa ada lagi ujian yang lebih besar berlaku pada pasangan lain. Kes kecurangan ini bukan perkara yang baru lagi dalam masyarakat kita ini bukan?

Kecewa, sedih, rasa dikhianati itulah akan kita rasa apabila diri dicurangi oleh insan yang paling kita sayangi. Kita percaya pasangan kita, tapi kepercayaan itu dikhianati.

“Apa kurangnya aku?”

“Apa silapnya aku?”

Itulah akan bermain difikiran selepas pasangan kantoi berlaku curang. Jadi berbaik atau cerai?

Jika anda berdepan dengan perkara sebegini, atau nak elakkan perkara sebegini berlaku dalam hubungan anda, baca dahulu perkongsian Ibu Rose ini. Sedikit sebanyak akan membawa anda ke pilihan seterusnya.

“Apa yang terbaik untuk dilakukan bila tahu pasangan saya curang lebih dari sekali?”

Ada yang curang semasa setiap kali isteri mengandung. Ada yang curang berkali-kali dengan rakan sepejabat. Ada yang curang dan sudah berjanji bersungguh-sungguh dengan airmata dan melutut tidak akan melakukan lagi, namun tetap mengulangi perbuatan itu.

Soalan yang diterima, apakah perkara yang patut isteri atau suami yang malang itu lakukan? Terima atau bercerai?

Sebenarnya perkara ini sangat berat untuk diberi jawapan untuk semua yang bertanya kerana setiap pasangan adalah unik.

Pertama, perbicaraan Ibu ini BUKAN untuk menghentam para suami di sini. Kerana bukan lelaki sahaja yang curang. Kerana kecurangan ini adalah mainan syaitan dan dia akan memasukkan jarumnya kepada lelaki atau wanita.



PERTAMA, BUKAN semua pasangan begitu. Banyak pasangan yang jujur dan menjaga perkahwinan dengan baik.

Jawapan Ibu ialah bertanyalah kepada yang paling tahu. Iaitu Tuhan yang Maha Mengetahui samada patut atau tidak anda terus di dalam perkahwinan itu. Allah akan menjawab doa anda.

Kedua, fahamilah juga apa yang menyebabkan pasangan anda itu suka curang. Apakah yang dicarinya? Adakah dia mencari kemesraan yang mungkin dia tidak dapat selepas berkahwin? Kerana ada setengah orang lelaki dan wanita, mereka memang suka dalam keadaan 'in-love' iaitu bercinta dan angau. Ia menjadi ketagihan kepada mereka dan mereka sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.

Nasihat Ibu pada lelaki dan wanita yang sebegini, dapatkan bantuan professional kerana ketagihan ini boleh diatasi dengan terapi yang betul. It is just a craving. Dalam masa yang sama, bersamalah dengan pasangan anda yang halal untuk mewujudkan situasi dan suasana 'jatuh cinta' itu di dalam pertalian anda. It is so beautiful, sebenarnya. Namun, kerana kita tidak tahu, maka pergaulan suami-isteri hanya menjadi pergaulan mengenai tanggung-jawab dan tidak lebih dari itu. Itulah yang membosankan dan menyebabkan ada yang mahu bercinta di luar kerana itu dirasai sebagai escapism.



Setiap kali bersolat, minta kepada Allah agar perasaan kasih dan sayang kepada pasangan ditebalkan dan dilimpahkan rahmah ke atas rumah-tangga anda.

Lakukan usaha untuk memadu kasih. Walaupun anak berceniap (ramai), susun dan rancang 'dating' nite dengan pasangan. Bina kemesraan.

Para isteri, hendaklah berhenti suka bercakap dan mengata perkataan seperti ini, " abang jangan nak miang dgn orang lain..." ini sebenarnya menjadi doa yang tidak dilafazkan tetapi sangat kuat kuasanya untuk termanifestasi. Jangan suka risau. Jangan suka melayan perasaan dengan drama-drama TV yang sedemikian.

Malah kedua-dua suami isteri sentiasa membayangkan bersama-sama, keindahan pertalian anda. wujudkan masa ini di dalam kesibukan seharian.

Banyak berdoa agar pasangan kita dilindungi dari syaitan yang senantiasa mahukan keruntuhan perkahwinan dengan menggoda untuk jadi tergoda dengan orang lain. Maka seringlah kita berdoa untuk pasangan kita dan diri kita sendiri.



Di dalam buku ' Think and Grow Rich' ada sebuah topik bertanjuk, " Sex Transmutation". Di dalamnya membincangkan bahawa tenaga seks yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tenaga yang sangat kuat (desire), yang bila digunakan dan disalurkan secara halal dan baik akan melonjakkan sesaorang itu ke arah kejayaan.

Di dalam topik itu juga Napoleon Hills juga mengatakan, di dalam hidup seorang lelaki/wanita dia akan berjumpa dengan seorang wanita/lelaki yang akan membantu dia untuk bangun dan mencapai kejayaan yang sangat besar, dan dia juga mungkin akan berjumpa dengan seorang wanita/lelaki yang boleh meruntuhkan semua itu.

Sebagai seorang wanita terutama yang beragama Islam, kebanyakannya memang akan sangat terhiris bila suami curang. Bukan kerana menentang poligami, tetapi kerana penipuan suami. BETRAYAL.

Sebagai seorang lelaki, penipuan seorang isteri adalah tamparan yang sangat hebat dan meruntun jiwa suami yang setia itu.



Bagi yang mungkin telah masuk perangkap, lelaki atau perempuan, tanyalah soalan-soalan ini seikhlasnya kepada diri:-

1- Apa sebenarnya yang aku cari di dalam perhubungan terhalang ini?

2- Adakah ini cara hidup yang aku mahu? Bagaimana hari tua ku nanti?

3- Adakah dengan pasangan ku yang aku nikahi ini aku tidak mampu membina mahligai bahagia?

4- Apa contoh yang akan aku tinggalkan kepada anak-anak ku? Sanggupkah aku jika mereka tahu keburukan perangaiku ini?

5- Bagaimana jika anak aku yang diperlakukan oleh pasangannya seperti yang aku lakukan kepada pasanganku ini...sanggupkah aku?

Mohon doa dengan bersungguh-sungguh untuk keluar dari jerat percintaan itu. Keluar dan jangan jengok lagi dah.

Ibu mendoakan agar semua anda di sini yang mempunyai rumah-tangga, akan menjaga keharmonian rumah-tangga anda dan dapat mengalahkan hasutan syaitan untuk meruntuhkan rumah-tangga anda. Semoga rumah-tangga anda aman damai sehingga ke Jannah. Jagalah baik-baik.

Oleh itu jawapan Ibu kepada samada patut tak diberi peluang kepada pasangan yang curang itu? TANYALAH KEPADA TUHAN dan setelah mendapat jawapan yang jelas, LAKUKANLAH seperti yang diilhamkan ❤️❤️

Salam penuh cinta dan kasih sayang,
Ibu Rose

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen