Rupa-Rupanya Ramai Tak Tahu Akan Ganjaran Suami Yang Sabar Dengan Isterinya. Yang Bujang Tu, Boleh Dah Mula Belajar Sabar Dengan Sikap Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita ini orang lelaki mana boleh kalah dengan orang perempuan kan? Bukan tak boleh sabar tapi takut kalau-kalau dipanggil sebagai takut bini, kena queen control. Sedangkan isteri kita tu bukannya boleh buat apa sangat.

Haa, selalu sangat orang lelaki ini akan menangkan ego mereka. Lagi-lagi bila kawan-kawan mula peril kata macam-macam, lagi ego rasa tercabar. Itu yang isteri suruh sikit tak boleh, marah isteri balik. Bila isteri minta tolong, tak nak tolong. Bila isteri membebel sebab lepak malam dan jarang ada kat rumah, marah isteri semula. Kata itu tak boleh ini tak boleh…



Haa, nampak tak macam mana suami-suami layan isteri mereka. Kenapa layan macam ni? Sebabnya mereka rasa mereka ini ketua keluarga, ada kuasa. Isteri bukan siapa-siapa baginya.

Yang kita tahu isteri ini kalau taat perintah Allah, berpuasa serta taat dengan suaminya begitu mudah dirinya untuk ke syurga. Yang kita suami ni? Macam mana nak masuk syurga?

Ramai tak tahu, rupa-rupanya cara paling mudah seorang suami nak masuk syurga adalah dengan bersabar terhadap isteri yang kuat berleter senang masuk syurga!!



Sebab itu teramat rugi suami-suami yang garang dengan isterinya, yang kalau isterinya membebel dia mudah melenting.

Jangan takut kalau-kalau dipanggil ‘takut bini’ atau ‘queen control’, mereka tak faham bahawa suami-suami yang penyabar dengan isteri ini mudah untuk ke syurga.

Suami bukan takut pada bini tapi sayang pada akhirat. Dengan mana tidaknya, dengan ibadat dan susah kita melayan kerenah isteri akan memudahkan kita ke syurga.



Kata Imam Al-Ghazali, "suami yang sabar kerana kesusahan isteri dan kesakitan yang disakiti oleh isterinya itu adalah setengah daripada faedah berkahwin".

Jika kita sabar atas perbuatan isteri, isteri sakiti hati kita, isteri tak hormat kita, kita akan dapat 2 kelebihan iaitu menjadi manusia yang suci hatinya dan sabar ini juga akan melatih kita melawan hawa nafsu...

Suami-suami atau bakal-bakal suami, tak salah kalau kita ini sabar dengan isteri kita selepas ini. Bahkan kalau kita ini bukan seorang yang penyabar, mula lah belajar untuk sabar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen