Mimpi Itu Kadang Mainan Tidur, Kadang Ia Datang Sebagai Tanda. Hati-Hati, Bila Kerap Sangat Mimpi Suami Curang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah kahwin ini, banyak benda kita kena perhatikan dan ambil berat. Jangan pandang remeh akan sesuatu benda itu, boleh jadi ia akan melarat sehingga teruk. Tak kisahlah walaupun ia bermula dengan diri kita atau pasangan kita.

Macam masalah, kalau kita biarkan sahaja tanpa penyelesaian boleh jadi ia akan menjadi satu masalah yang besar. Itulah yang perlu dilakukan dalam hubungan, bila ada je yang tak kena segera berbincang dengan pasangan kita.

Lagi-lagi kalau ia melibatkan mimpi ni. Memang ramai yang kata mimpi itu mainan tidur, tapi boleh jadi ia sebenarnya petanda akan sesuatu perkara.



Seperti kisah yang dikongsikan oleh Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin ini sememangnya akan membuat hati siapa berdebar. Masalah itu boleh datang dengan cara yang kita tak nampak, jadi sentiasa berhati-hati.

Hati-hati...bila mimpi suami curang...

Semalam sepasang suami isteri datang terima rawatan. Pasangan ini baru je mendirikan rumah tangga,

Beliau datang terima rawatan kerana sejak 2 bulan lepas mereka berkahwin, mereka tak seperti pasangan yang lain..Bila berjauhan di tempat kerja, WhatsApp begitu romantik, rindu sayang..



Bila balik je rumah dah macam orang asing..Isteri panas dengan Suami Dan si suami juga panas dengan isteri.. Janganlah salah sorang buat silap, walaupun kesalahan kecil boleh bergaduh besar...

Tidur pun suka berasingan...suami di luar isteri di dalam bilik..Tak sama macam orang baru kahwin.

Bila masuk je rumah isteri kerap terasa:

➡Sakit tengkuk,bahu belikat belakang

➡Sakit kepala badan jadi malas mengantuk

➡Cepat terasa nak marah dengan Suami

➡Kerap sedawa perut kembung,Kerap juga sesak nafas

➡Sakit bisa seluruh sendi badan

➡Kerap terbau busuk Bila berdekatan dengan suami

➡Kerap terbau colok, kemenyan, Kapur barus

➡Keep nampak kelibat hitam@putih dalam rumah

➡Malam jadi panas, pasang kipas aircond badan tetap rasa bahang panas

➡Susah tidur malam gelisah seolah di perhatikan seseorang

➡Sejuk menggeletar tiba-tiba bila waktu siang

➡Keep mimpi budak kecil, bermain dengan budak, menyusukan budak, dukung budak melahirkn budak..

➡Kerap mimpi binatang berbisa

➡Kerap mimpi tempat Kotor, mimpi Jatuh tempat tinggi

➡Kerap mimpi di kejar oleh seseorang yang tak di kenali

➡Mimpi lemas di lautan

➡Mimpi di rogol oleh orang yang tak di kenali

➡Mimpi suami curang dengan wanita lain

Itulah yang Kerap berlaku pada isteri pasangan ini..

Bila di ruqyah ternyata terkena gangguan Sihir #Pemisah.

Ada seorang peminat misteri yang meminati beliau dalam senyap. Peminat ini suka follow beliau di #Facebook.. Si isteri in Kerap upload gambar di fb kerana jual baju online. Tak sangka dalam diam ada yang meminati beliau.

Bila di ruqyah beliau tidak sedarkan diri. Saya tanya siapa beliau??

Dia jawab: Aku suka tengok dia di fb, dia cantik, tapi bila aku tahu dia dah kahwin, aku jadi sakit hati.. Aku banyak kali beli baju dia jual dengan tujuan aku dapat berhubung dengan beliau.Tapi Bila aku msg whatsap saja nak tanya khabar dia tak pernah layan..Tiba-tiba aku tengok dia upload gambar nikah, dari situ aku mula tak puas hati. Aku nekad akan buat mereka sampai bercerai ,aku tak dapat orang lain pun tak kan dapat hahahahah



Biar apa pun jadi dia tetap akan jadi milik aku!!!

Tanpa berlengah saya sambung ruqyah saya ukur Alhamdulillah atas izin ALLAH jin yang menumpang berjaya di keluarkan..

Zaman sekarang hati-hati bila yang selalu kerap upload gambar di fb, Instagram, dalam diam ada orang yang suka kita, ada juga yang tak suka Kita. Bila upload tu jangan di masukkan gambar penuh Kita di fb apa-apa boleh berlaku..

Apa pun saya doakan agar pasangan di atas agar terus bahagia, dan sama-sama kita berdoa agar cerita di atas dijauhkan berlaku pada kita dan pasangan Kita Aaamin Ya Allah..

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen