Jadi Isteri Akhir Zaman Ini Tak Mudah, Kita Akan Lebihkan Diri Kita Sendiri Berbanding Jaga Hati Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila kita ini dilahirkan sebagai umat akhir zaman, sudah tentu akan banyak perkara yang akan datang dan menduga kita. Sebab itu, sebagai umat akhir zaman, kita perlu memiliki iman yang kuat dan penuh di dada agar tidak mudah untuk melanggar perintah Allah.

Namun, kita ini hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan walaupun sekecil zarah. Tak kiralah sebagai hamba ataupun isteri kepada suami kita, semuanya tak akan pernah lari dari melakukan kesilapan, namun itu tidak bermakna kita tiada peluang untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan ini.



Sebagai seorang isteri di akhir zaman ini, banyak perkara yang perlu kita awasi dan jaga, malah hati dan emosi kita juga turut dikawal sebaiknya.


Apa yang isteri-isteri akhir zaman akan lakukan apabila mereka berada di rumah?


Apabila di hadapan suami, mereka hanya akan pakai seadanya. Tidak berhias malah kadang kala bau badan juga tidak dijaga. Boleh dikatakan kalau depan suami ketika di rumah, tak pernah pun isteri-isteri ini berhias untuk suami mereka.


Itu belum lagi ditambah bila bercakap dengan suami mereka, menggunakan nada yang tinggi serta keras. Malah tanpa segan silu untuk menengking suami mereka. Nada suara yang elok dan sedap didengari bukan didendangkan kepada suami malah kepada orang lain.




Itu jika bersama dengan suami, tetapi saat mereka ini ingin keluar dari rumah, lain pula ragamnya. Mereka ini akan berhias semahunya malah tidak lupa untuk mengenakan minyak wangi agar bau yang enak boleh dihidu oleh orang lain.


Bahkan, nada suara juga akan berubah menjadi lain. Kalau dengan suami garang macam singa, tapi kalau dengan jiran tertangga ataupun tetamu, nada suara akan begitu lembut selembutnya. Seolah-olah mereka itu pula seperti suami kepada wanita tersebut.


Tak lupa juga, isteri-isteri akhir zaman ini begitu mudah untuk keluar rumah tanpa izin suami. Sudahlah keluar tanpa izin, malah pulang ke rumah lewat pula. Berlainan sungguh dengan jika suami-suami pulang lewat ke rumah, mahu disergah oleh si isteri tersebut.

Apabila ditegur oleh si suami, langsung terus tarik muka dan menghentakkan kaki tanda tidak setuju dan menyatakan bahawa apa yang dikatakan suami itu tidak benar. Apa yang dilakukan itu benar sekali tapi apa yang ditegur suami untuk membimbing isteri menjadi solehah itu salah sekali.



Inilah perkara yang akan sering berlaku dalam hubungan rumah tangga sekarang ini. Isteri-isteri sukar untuk menerima teguran dan bimbingan seorang suami sebagai ketua keluarganya. Apa yang isteri-isteri nampak adalah apa yang para suami perlu lakukan untuk membahagiakan mereka bukan apa yang isteri perlu lakukan untuk membahagiakan suami.

Kita ini umat akhir zaman, maka mudahkan hati kita untuk menerima teguran dan bimbingan agar di akhirat kelak, kita akan mudah untuk menjejakkan kaki ke syurga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen