Buat Bakal Pengantin Yang Sedang Diet Tu, Jangan Kerap Sangat Menyedut Bau Makanan. Itu Pun Punca Berat Badan Naik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah tak kita alami lepas je masak kita rasa kenyang? Malah ada juga yang bila je dia selesai masak dia tidak akan makan makanan tersebut kerana rasa kenyang. Rasanya bukan seperti kenyang dengan makanan tetapi rasa kenyang tanpa sebab.

Kadang-kadang tu, kalau bau makanan je pun boleh buat kita rasa kenyang, betul tak?



Siapa pernah berdepan dengan perkara sebegini? Pasti ramai je yang pernah alami perkara ini. Mana tidaknya, berdasarkan perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar, berdasarkan kajian 2017 yang dimuatkan dalam jurnal saintifik Cell Metabolism. Dikaji di California University, Berkeley.

“Apabila kita bau makanan, deria bau dari sistem memori tentukan samada lemak dibakar atau disimpan. Apabila diputuskan lemak disimpan maka berat badan melonjak.”

Kita menjadi jalur lebar. Membesar sebagai johan. Tanpa disedari. Tanpa redha.

Menurut Prof Andrew Dillin, ketua pengkaji, sistem sensori punya peranan dalam sistem metabolisme kita.

Menarik untuk difikirkan. Apabila mahu turunkan berat, elak-elak dari menyedut bau makanan. Boleh ke?

Pasti ramai di antara kita tak pernah memikirkan perkara sebegini bukan?

Lagi-lagi bila sedang diet, kita hanya akan mengambil bau makanan je walaupun tak dapat makan. Sedangkan mengambil bau makanan tersebut serta memakan makanan tersebut boleh menambah berat badan juga.

Selepas ini, kalau nak masak tu cuba untuk tidak mengambil bau makanan tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen