Anak Itu Anugerah, Kalau Kahwin Nanti Diuji Tidak Miliki Anak Jangan Cepat Melenting, Ingat Setiap Ujian Itu Ada Ganjaran Pahala Yang Menanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap ujian yang berlaku itu kadang kala ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu bila kita akan memperolehinya. Jangan saling salah menyalahkan antara satu sama lain, tetapi kalian seharusnya saling melengkapi antara satu sama lain.

Dalam perkahwinan ini macam-macam ujian boleh terjadi. Ujian tidak miliki anak, ujian dengan keluarga mertua, ujian tidak dapat tinggal sebumbung dengan pasangan serta pelbagai lagi. Namun begitu, adakah itu semua penyebab untuk kita tidak terus setia bersama pasangan kita? Sudah tentu bukan.

Buat anda yang sedang berdepan dengan ujian, jangan sesekali kecewa dengan apa sahaja yang diuji ke atas kalian, tetapi percaya bahawa ada hikmah yang tersembunyi.



Macam perkongsian daripada Fridaus Mokhtar ini, setiap ujian yang kita hadapi ada ganjaran pahala yang menanti.

“Saya jumpa video tak sepatutnya antara suami saya dengan seorang perempuan. Apa perlu saya buat?” Seorang akak ni mesej ke saya.

Allahu. Saya kalau boleh tak nak tengok langsung ke profile dia. Risau pula saya kenal siapa suami dia.

“Ikutkan video itu diambil sehari sebelum raya,” dia sambung lagi.

Saya pun bersembang dulu. Cuba nak dapatkan apa yang berlaku sebenarnya. Rupanya mereka ini tak ada anak. 6 tahun kahwin, tapi belum ada rezeki ada anak.

Puan ini pernah mengandung anak mereka. Cuma gugur. Selepas itu tak ada rezeki lagi. Mereka buat keputusan ambil anak angkat. Tapi tetap suami kata nak anak sendiri.

Jadi suami salahkan isteri jadi punca mereka tak ada anak. Akhirnya buat keputusan nak kahwin lain. Tapi yang jadi masalah, tak kahwin pun. Main kayu tiga pula dengan orang lain.



Sebelum kes terjumpa video tu, ada terjumpa dah mesej suami dengan perempuan lain. Bercakap yang bukan bukan. Bila ditanya, marah dan akhirnya jadi bergaduh. Pernah juga dipukul oleh suami. Tumbuk dan tendang semua kena.

Sebabkan kes pernah kena pukul dan ugut macam-macam, puan ini ambil keputusan untuk ke jabatan agama. Sudahnya kes dibawa ke mahkamah bulan 5 hari tu.

Namun suami bertindak tidak hadir ke mahkamah. Tarikh ditunda ke bulan lain.

Sedih saya dengar cerita macam ni. Kes lelaki perangai macam ni bersepah dekat luar sana. Dia yang sepatutnya memberi kasih sayang, menggunakan akal untuk membentuk rumahtangga, sebaliknya menjadi pemusnah harapan dan sebuah cinta.

Saya ada ramai kawan-kawan yang dah berkahwin lama namun sampai hari ini belum ada cahaya mata. Berbelas tahun pun ada. Mereka suami isteri masih setia bersama. Tidak salah menyalahkan.

Bahkan sama-sama berusaha walau pun terpaksa keluar entah berapa banyak duit. Itu kalau masih nak mencubalah.
Yang lelaki andai kata merasakan kau sangat gagah, bukan punca daripada kau perkahwinan kau tak ada anak, dan kau fikir nak berkahwin lain. Buatlah dengan cara baik.



Berbincang elok, minta persetujuan bersama. Kalau nak kepastian supaya tak berulang lagi, kau check dulu dekat hospital.

Kalau dah sampai kau main kayu tiga dekat luar, lepas tu kau salahkan sebab isteri tak boleh mengandung, kau tu setan. Patut kena rejam dah sampai mati.

Kawan-kawan,

Anak-anak ini anugerah. Ianya termasuk dalam bahagian rezeki yang Tuhan beri pada kita.

Kalau dah berkahwin lama, tapi belum punya anak, itu tandanya kalian belum ada rezeki. Iya, itulah ujian buat kalian.
Percayalah ada ruang di sudut lain kehidupan kalian yang Tuhan mudahkan. Demi mengganti kesabaran kalian menunggu kelahiran anak sendiri.

Ingat, ujian demi ujian yang kalian hadap, semuanya Tuhan nilai dengan kasih sayang dan ganjaran pahala. Itu semua demi kalian bersama-sama dengan pasangan kalian dia syurga nanti. InsyaAllah.

Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Menangis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen