Yang Masih Single Itu Kerap Mimpi Bekas Kekasih, Ini Yang Korang Kena Tahu Puncanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Korang pernah mimpi bekas kekasih korang? Mungkin pernah je korang alami cuma tak nak megaku bahawa korang pernah bermimpi bekas kekasih.

Mungkin akan ada yang menganggap bahawa korang belum move on lagi sebab masih teringat-ingat akan si dia hingga bahawa ke tidur. Tapi jangan bimbang, ramai je yang alami hubungan separuh jalan berdepan dengan mimpi sebegini.



Mesti korang tertanya-tanya maksud mimpi tersebut kan? Walaupun korang dah putuskan hubungan dengan bekas kekasih, tak mustahil untuk dia datang dalam mimpi korang.

Ini sebabnya yang korang kena tahu.

1. Ada sesuatu yang belum diselesaikan.

Haa.. apa yang belum selesai tu? Apabila korang putus cinta, ada beberapa masalah yang belum diselesaikan atau ada perkara yang membuat korang tak selesa. Sama ada korang sembunyikan sesuatu darinya atau dia yang tak mendedahkan sesuatu. Macam dalam lagu Adele, Hello yang mengingatkannya mengenai bekas kekasih kerana ada masalah yang belum selesai.



2. Baru je nak move on.

Jika secara kebetulan korang mimpi dengan menunjukkan bahawa kalian berpisah, dengan rasa berat hati untuk melepaskan malah mengucapkan selamat tinggal, itu tanda korang dah move on atau dah bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru.

3. Rasa rindu.

Boleh jadi juga mimpi yang datang dalam tidur korang itu hanya sebab korang merindui si dia je. Ini boleh berlaku apabila korang terlalu memikirkan bekas kekasih yang membuatkan korang rasa bertuah atau terbaik, walaupun sebenarnya korang tak nak pun jalinkan hubungan dengannya semula.



4. Sekadar mainan tidur.

Kadang-kadang mimpi tu tak ada makna apa-apa pun. Mungkin ia datang secara tak sengaja sebelum tidur, atau mungkin korang melihat gambarnya. Boleh jadi ia sekadar mainan tidur dan tak membawa makna apa-apa pun. Baik lupakan je.

Mimpi ini sebenarnya tersangatlah unik, kadang kala ia datang sebagai petanda malah ia juga boleh hadir sebagai mainan sahaja ketika tidur. Apa-apa pun, jangan sebab mimpi korang nak balik semula pada bekas kekasih.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen