Masih Belum Move On, Tapi Sudah Jalinkan Hubungan Baru, Itu Sebab Takut Akan Kesepian?

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa je yang sangka hubungan yang dulu boleh terputus di tengah jalan. Siapa yang menduga, ikatan pertunangan diputuskan kerana tidak jodoh untuk bersama. Dalam hidup ini, macam-macam dugaan yang kita tak tahu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan jodoh.

Jodoh dan pertemuan itu memang kerja Allah, siapa kita untuk menyekat dan menghalang setiap apa yang berlaku. Namun begitu, ia bukan satu sebab untuk kita terus berduka malah mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Boleh jadi kita berjumpa dengan orang yang betul-betul tulus mencintai kita, tapi itulah disebabkan kita, dia pula yang berubah hati. Kita sepatutnya menghargai apa yang kita miliki bukan mengenangkan apa yang telah pergi.



Pernah terfikir tak apa sebab kita mencari jodoh?

Nak lupakan bekas kekasih? Atau sebab rasa sunyi?

Belum bersedia menjalinkan hubungan yang baru tetapi takut kesunyian.

1. Masih ingat bekas kekasih.

Masih lagi terbayang-bayang akan bekas kekasih. Bukan itu sahaja, diri anda sebenarnya tidak bersedia untuk membuat hubungan baru, kerana anda masih sering berasa marah, kecewa dan menyesal mengapa hubungan anda dengan mantan anda mesti berakhir.

2. Panik bila bekas kekasih mula bahagia.

Tak bersedia untuk satu hubungan yang baru, tapi bila melihat bekas kekasih bahagia, membuatkan anda bimbang lalu mencari pasangan. Pasangan yang ada ini pun hanya untuk sekadar menayang kepada bekas kekasih sahaja. Jika anda tidak bersedia untuk berada dalam hubungan lagi, tidak mengapa untuk bersendirian dan lebih selesa sehingga semuanya bersedia.



3. Selalu bayangkan pasangan yang sempurna.

Anda akan mula mengharapkan satu kesempurnaan daripada pasangan anda, hanya semata-mata takut untuk terluka lagi. Malah kesempurnaan tersebut juga bertujuan untuk menayang kepada bekas kekasih anda. Anda sebenarnya tak punya hati dengan yang sekarang ini.

4. Masih terbayang hubungan lalu.

Apa yang paling jelas adalah anda masih mengharapkan hubungan lalu dan menganggap hubungan ini sama seperti dahulu walaupun dengan orang yang berbeza. Anda hanya mempergunakan pasangan untuk menhilangkan rasa kecewa dan menipu diri sendiri je.



5. Bandingkan pasangan.

Akan kerap sangat terjadi bila hati tak bersedia untuk menerima lagi. Tapi itu bukan sebab untuk anda membandingkan dengan bekas kekasih lalu melukakan hatinya. Dia juga mempunyai hati dan perasaan juga. Kena ingat tu!

Tak salah jika kita ambil masa sedikit untuk bina semangat baru dan lupakan kekasih lama. Jangan terlalu terburu-buru takut yang datang itu sudah cukup sempurna cuma kita sahaja yang tak nampak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen