Hutang Banyak Sampai Tak Mampu Nak Bayar, Cuba Amalkan Perkara Ini Rezeki Muncurah-Curah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dengan keadaan ekonomi sekarang ini, banyak perkara sememangnya membimbangkan. Lagi-lagi bab-bab menguruskan hutang yang banyak sehingga rasa macam tak mampu bayar. Tapi selain kita berusaha keras untuk membayar segala hutang yang ada, kita juga sebenarnya digalakkan untuk bergantung kepada Allah.

Ini kerana, rezeki dan segala perkara ini datang dari Allah. Tak mustahil rezeki yang mencurah dan luas akan diberikan jika kita bergantung kepadanya.

Sama-sama kita ambil perkongsian Puan Zarini Jaafar sebagai panduan;

"Ketika saya berhutang banyak dulu, saya berhenti kerja jadi banyak hutang bank tak dapat dibayar. Masa tu tak ada bisnes, Nama ccris tak dapat buat loan untuk bayar, tak ada tanah untuk jual, tak ada harta untuk pajak dan sebagai nya.

Bisnes pun baru nak buat tak ada modal, tak ada stok, tak ada team. Serba kekurangan saya ni. Surirumah sahaja.

Saya bagi tips bagaimana rezeki Allah berikan pada saya mencurah curah. Allah bantu setiap masa."

Tak hebat pun saya lau Allah tak bantu saya.



1. Selama ni doa siang malam nak rezeki bayar hutang jadi setiap kali dapat jualan. Bayar hutang dulu. Sedekahkan 20 al fatihah pd mak ayah masih hidup atau sudah meninggal

2. Pagi-pagi lepas subuh amalkan 1000 istighfar mohon Allah ampunkan kita. Setiap kali sebut astaghfirullah halazim.. Ampunkan aku Ya Allah. Minta ampun betul-betul pagi-pagi

3. Lepas tu baru dhuha. Bila dhuha saya tak doa nak rezeki. Masa lepas doa saya buat kesyukuran. Bgtau ya Allah tima kasih bangun lagi pagi ni utk mohon ampun. Ya Allah tima kasih ada suami yang baik.

4. Senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyak nya. Menitik air mata bila senaraikan. Allah, malu dah nak minta lagi banyak

5. Jaga aurat..labuhkan baju, tudung dan stokin.

6. Istighfar, dhuha dan syukur tu pun dah membuka sebanyak nya rezeki. Saya biasanya buka enfon selepas jam 10 pg selepas saya siap 3 di atas.

7. Sepanjang bekerja banyakkan zikir hasbunallahuwanikmal wakil - cukup Allah bagi ku aku serah pada mu ya Allah semua urusan ku.

8. Saya berhenti rehat 10 min sebelum zuhur. Habiskan 1 surah pendek al waqiah sambil tunggu zuhur.

9. Selepas solat amalkan

33 kali alhamdulillah
33 kali subhanallah
33 kali allahuakbar
33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad

Sambung keje.

10. Stop 10 min sebelum asar untuk baca al mulk dan asar awal waktu.

11. Bila saya amalkan ni masa saya sangaaaaat panjang. Banyak benda boleh buat. Dahulukan akhirat dari kesibukan dunia.



12. Lebihkan masa bersama keluarga selepas asar sehingga maghrib jemaah sama2 sehingga lah isyak berjemaah. Tak dapat di masjid. Amalkn di rumah.

13. Setiap hari amalkan sedekah walau pun singgit. Masa saya susah hutanh banyak..saya buat air sirap..buh dalam botol banyak2 dan sedekah pada orang sapu2 sampah. Tu je saya mampu masa tu.

15. Antara hutang dengan sedekah, utamakan hutang dahulu. Tak mampu sedekah wang, sedekah tenaga.. Sedekah ilmu. Saya tak mampu sedekah wang. Saya ajar orang lain menjual percuma. Saya nak sedekah ilmu sahaja.

16. Sebelum tido amalkan 1000 istighfar mohon ampun apa kita dh buat seharian.

17. Solat taubat sebelum tido. Biasanya saya tido awal jam 10 mlm bangun balik jam 11 mlm sehinggalah jam 3 pagi
Atau saya tido jam 12 mlm bangun jam 4 pagi

18. Masa ni jam 4 pagi awak tahajud minta lah dengan tepat. Doa betul2 minta merayu betul2. Lau nak habiskan hutang sebut hutang tu berapa. Bila nak bayar.

19. Sebelum tido minta maaf ngan suami. Jaga betul2 hubungan suami isteri. Lebihkan akhirat..lebihkan suami daripada bisnes.

20. Paling susah rezeki nak masuk adalah bila laki bini duk bergaduh mengungkit.. Duk baik2.. Saling terima kurang lebih masing2. Kita semua tak sempurna.

21. Redha apa yang Allah bagi pasti ada hikmah ada kebaikan untuk kita belajar lebih kuat.

22. Mula belajar. Rendahkan ego. Lau orang tu berjaya.pegi jumpa dia belajar. Hormat guru kita.

23. Sentiasa lah merendah diri. Ketika dipuji segera kembalikan pada Yang Kuasa. Bisik pada diri. Kau hanya meminjam.

24. Jaga orang tua. Berkhidmat masa mereka masih ada. Saya rasa ini juga limpahan Allah bagi kerana dulu saya berhenti keje untuk jaga arwah mak sediri.kuar masuk wad dengan dia sehingga lah mandian terakhir di pangkuan saya.

Saya tiada apa apa, surirumah sahaja. Allah yang bantu saya. Semua dengan izin Allah swt.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen