Sudah Ada Lampu, Mengapa Cari Lilin, Sudah Ada Aku, Mengapa Cari Yang Lain?

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan di dunia ini tidak kira sama ada pasangan kekasih ataupun pasangan suami isteri, sememangnya mahukan kesetiaan yang berpanjangan. Kata orang, ‘hanya mati akan pisahkan kita’. Begitu mendalam maksudnya. Jika difahamkan, lelaki ataupun wanita itu sangat takut kehilangan pasangannya jika dia benar-benar mencintai.



Namun, tidak ada pantai yang tidak dipukul ombak, begitu juga hubungan, tidak ada yang jernih sahaja. Adakala ada badai melanda, bermula dengan perkara kecil, hinggalah boleh menyebabkan perpisahan. Antaranya ialah pasangan curang, pasangan tidak cukup satu, dan seumpamanya. Perkara ini bukan semata-mata merujuk kepada lelaki sahaja, tetapi wanita juga wujud yang sebegini. Dalam diam mencari jalan berhubung dengan orang lain tanpa diketahui pasangan. Tidak kira apa jua alasan, namun apabila kantoi, berat kesan dan padahnya nanti.



Sebaiknya, buat yang sudah ada pasangan itu, jagalah hubungan anda dengan sebaik mungkin. Jika ada masalah, pertengkaran, perselisihan faham itu adalah perkara biasa dalam hubungan. Jangan jadikan itu sebagai alasan untuk anda mencari yang lain. Kerana anda tidak tahu kemungkinan dengan hubungan baru yang dibina itu akan mendatangkan badai yang lebih teruk berbanding sebelumnya. Seeloknya, peliharalah hubungan sedia ada itu dengan baik, dibentuk, digilap supaya lebih berseri dan bahagia.



Kita semua sedia maklum bahawa bukan senang mahu menjaga hubungan yang mampu kekal bertahun lamanya. Kerana itulah perlunya kedua-dua pihak itu saling melengkapi, supaya tidak tercetusnya kehambaran dalam perhubungan yang dikhuatiri akan membinasakan sesebuah ikatan yang terjalin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen