Sepuluh Perkara Yang Terjadi Apabila Anda Terjumpa Seseorang Yang Baik Selepas Hubungan Yang Toksik.

Oleh: Rafi

Apabila anda berada dalam hubungan toksik, anda tidak menyedari kesan-kesan emosi yang dipermainkan. Sekurang-kurangnya apabila anda masih mempunyai hubungan yang toksik itu. Apabila anda berada dalam hubungan toksik, segala benda tentangnya adalah bagai sejenis kecanduan. Anda mengetahui dan tidak mengetahui apa yang akan berlaku. Anda akan mempunyai harapan bahawa ia akan berubah tetapi ada juga keselesaan dengan perkara-perkara yang anda tahu. Terdapat sesuatu keselesaan dalam seseorang yang mengetahui anda dengan mendalam. Dan ia mengambil segala-galanya dalam diri anda untuk tidak pergi. Dan walaupun anda berjalan pergi, anda mendapati diri anda kembali berkali-kali kerana anda merinduinya. Anda rindu dengan adrenalin yang disebabkan oleh emosi yang tinggu. Dari cinta, ke pergaduhan, tetapi akhirnya anda mengalah untuknya. Kemudian anda bertemu dengan lelaki yang baik. Apabila itu terjadi, anda akan menyedari betapa negatifnya hubungan masa lalu anda, dan telah memberi kesan yang mendalam. Dan kadangkala anda juga menolak orang supaya tinggalkan anda kerana itu. Anda terlalu tidak biasa dilayan dengan baik. Disebabkan oleh layanan yang baru ini, anda tidak biasa dan lalu ingin menolaknya.



1. Pada mulanya, anda mengharapkan yang paling teruk.

Selepas hubungan toksik, anda tidak akan mempercayai sesiapa pun. Ianya termasuk diri anda sendiri. Anda tertanya-tanya bagaimana anda boleh menoleransi perhubungan yang toksik itu sedemikian lama. Dan anda memasuki setiap hubungan yang mengharapkan yang paling teruk, untuk anda dilayan dengan teruk. Untuk sementara waktu, anda tidak percaya bahawa orang baik ada. Kerana begitu lama anda mencari kualiti yang salah dan anda telah menerima banyak orang-orang ini yang tidak berhak mempunyai atau menyayangi anda.

2. Anda lebih berfikir: bukan berfikir yang baik, tetapi sentiasa meragu orang lain.

Anda fikir setiap orang mempunyai motif atau sebenarnya tidak boleh dipercayai. Apabila anda telah menangkap seseorang berbohong kepadamu, sering kali ia membuat anda menjadi paranoid. Anda tidak percaya orang boleh jujur atau bererti apa yang mereka katakan. Anda membuat andaian gila dan ragu-ragu orang yang baik. Semuanya disebabkan oleh satu, atau dua insan yang tidak boleh dipercayai. Perkara seterusnya yang anda tahu anda menjelaskan kepada lelaki ini bagaimana anda mendapat kesimpulan ini di kepala anda dan dia bingung. Bukan kerana anda telah mempersoalkannya tetapi seseorang telah membuat anda menjadi seperti ini dan apa yang dia mahu lakukan adalah membalikkannya, supaya anda percaya kepada dia.



3. Anda fikir dia terlalu baik untuk menjadi kenyataan.

Seseorang yang ingin “merawat” anda ini telah menjadi terlalu baik untuk menjadi kenyataan. Anda mengharapkan dia untuk menunjuk bahagian dirinya yang “jahat”. Anda menjangkakan yang dia akan menghilangkan diri satu hari nanti. Anda menjangkakan dia akan akhiri hubungan anda, tanpa sebarang kesimpulan atau jawapan. Tetapi setiap hari dia membuktikan kepada anda dia orang yang sama dari awal, dia tidak berubah. Beliau memberi anda tiada sebab untuk mempersoalkannya tetapi bukan dia yang anda tidak percaya. Anda susah untuk percaya, hanya disebabkan oleh orang yang lain.

4. Anda akan menolaknya, supaya dia pergi.

Seseorang pada masa lalu telah membawa anda untuk mempercayai bahawa anda tidak layak mendapati yang terbaik. Oleh itu, apabila anda mendapatkannya, anda menolaknya. Anda takut sesuatu yang baik kerana anda tidak mahu kehilangannya, anda juga merasa yang anda tidak berhak. Anda tidak mahu terluka lagi, lalu anda mengakhirinya sebelum dia boleh mengakhiri hubungan cinta dia kepada anda. Tetapi anda akan sedar, lelaki ini akan mengejar hati anda. Apabila anda menolaknya, dia tidak akan membiarkan anda pergi.

5. Anda akan menjangkakan pergaduhan.

Anda terus menunggu pertengkaran, bukan kerana anda mahu, tetapi ianya adalah sebuah kebiasaan untuk anda. Tetapi sebaliknya, semuanya akan dibincangkan dan dijelaskan. Anda akan merasa keselesaan selepas itu dan anda menyedari orang yang baik tidak akan meninggalkan anda dengan begitu sahaja.

6. Kemudian anda akan meminta maaf terlalu kerap.

Dia akan tertanya-tanya mengapa anda memohon maaf dengan kerap atau tentang apa yang awak ingin dia maafkan. Dia akan melihat kesakitan di mata, tetapi anda tahu kesakitan itu daripada layanan orang dahulu. Orang itu telah membuat anda mempersoalkan diri sendiri secara kebiasaan. Dia akan melihat kesakitan di hati anda berusaha keras untuk mencintai anda lebih, supaya anda lupakan layanan teruk yang anda pernah lalui. Dan dia akan sentiasa memberi jaminan kepada anda segala-galanya baik-baik saja. Apabila seorang lelaki yang baik mencintai seseorang yang hatinya “rosak” disebabkan oleh hubungan yang toksik, dia ingin mengajar wanita itu yang dia tidak berhak dilayan seperti yang dia pernah lalui. Dia ingin menjadi seseorang yang perempuan itu tidak akan bandingkan dengan yang buruk.



7. Anda mula menyoal: adakah ianya lebih baik bagi dia untuk meninggalkanku?

Anda fikir mereka adalah lebih baik tanpa anda tetapi kebenarannya adalah: tidak. Jika dia telah menjadikan kehidupan anda menjadi lebih baik, ianya sama sahaja bagi dia. Anda takut untuk bercinta lagi. Anda takut untuk merapatkan diri dengan sesiapa sahaja. Tetapi kepekaan anda. Belas kasihan anda. Kekuatan dan kefahaman anda adalah apa yang membuatkan anda cantik. Pada masa lalu, anda dapat mencintai seseorang yang tidak dapat dielakkan dan tidak boleh ditahan. Anda nampak behagiannya yang baik di hatinya. Anda ingin mencuba untuk menolong mereka. Anda tidak pernah berputus asa. Pada masa kini, ianya adalah giliran anda untuk mendapat balasan itu.Akhirnya, ada yang mencinta anda sepertimana anda telah menyintai yang lalu.

8. Anda mungkin akan membuat yang “lebih”. Anda merasakan seperti kebaikan anda tidak “cukup” baik.

Dan apabila anda akhirnya merasa selesa dan menerima hubungan ini, anda akan menyayangi orang ini dengan seluruh hati anda. Tetapi jangan usaha terlebih sangat, sehingga anda letih. Jangan fikir anda perlu fikir yang anda tidak akan pernah cukup. Pada masa lalu, anda diajar yang terbaik anda lakukan itu, tidak akan cukup baik. Anda terpaksa bersaing. Anda terpaksa membuktikan diri anda di masa yang lalu. Apa yang patut anda pelajari adalah yang anda adalah cukup baik.



9. Kemudian anda mempercayainya.

Akan ada momen di mana anda memberitahu lelaki ini semua yang telah berlaku pada masa yang lalu. Seketika anda mempercayai dia untuk membiarkannya dekatkan diri dengan diri anda. Dan apabila anda memberitahu dia tentang masa lalu dan orang-orang yang telah mencederakan anda. Walaupun sebegitu, lelaki ini tidak akan melepaskan anda. Dia akan memberi anda peluang, dan dia inginkan peluang itu daripada anda. Pada masa dahulu, insan-insan yang pernah anda sayangi telah mengajar anda cinta yang sukar. Mereka mengajar anda yang kelemahan itu tidak boleh diterma. Anda telah menahan diri untuk sekian lama dan anda terpaksa menanggung banyak perkara yang anda tidak layak. Tetapi semuanya telah menjadikan anda lebih cantik daripada yang anda tahu. Dan semua ini akan membuat orang yang menghargai anda untuk menolong anda mengatasi semuanya. Air-air mata di mata anda bersyukur terhadap hubungan toksik yang lalu, kerana ia tidak memusnahkan diri anda tetapi menjadikan anda seseorang yang kuat pada hari ini.

10. Akhirnya anda belajar tentang cinta yang sebenar.

Anda mula menyedari bahawa hubungan yang digunakan untuk menentukan standard cinta anda setakat ini jauh daripada cinta yang sebenar. Anda belajar bahawa cinta tidak sepatutnya menyakiti anda atau merendahkan diri anda. Cinta tidak sepatutnya merosakkan hati anda. Ianya untuk membina anda kembali. Cinta bukanlah sesuatu yang datang membawa kecemburuan. Sama ada anda cemburu atau cemburu terhadap anda. Jenis kasih yang betul tidak bermain dengan hati anda atau ingin melihat anda dalam kesakitan. Anda menyedari bahawa semua itu bukan cinta tetapi kawalan. Anda membina diri sendiri dan cinta tanpa rasa takut lagi. Dengan pasanganmu yang baru, yang baik, anda mengatasi perasaan-perasaan negatif yang telah diajar oleh hubngan yang lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen