"Kalau Nak Cari Yang Sempurna, Maaf Bukan Aku Orangnya."

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap manusia miliki kekurangan, tidak ada yang sempurna di antara yang sempurna. Sejauh mana engkau melangkah mencari yang sempurna, pastinya kekecewaan yang akan mengiringi langkahmu kelak. Percayalah bahawa jika kita tinggalkan sesuatu demi mengejar yang lebih sempurna, pastinya kesempurnaan yang dikejar itu akan berlari semakin jauh dari hidupmu. Ketahuilah bahawa kita semua adalah sempurna dalam ketidaksempurnaan.



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.



Begitu juga jika kita memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kita terlalu mengaguminya dan janganlah kita menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kita untuk menerimanya. Akhirnya kita kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kita memaafkannya boleh jadi hubungan kita akan terus hingga ke akhirnya.



Bersyukurlah apa adanya. Setiap yang allah izinkan untuk kita miliki itu ada sebabnya, namun bergantung kepada kita bahagiaman mahu menjaganya, bagaimana mahu pertahankannya supaya sentiasa menjadi milik kita. Segala yang kita miliki adalah nikmat, sama ada kawan, pasangan dan orang sekeliling juga. Biasakan diri untuk menerima kekurangan orang lain supaya orang lain juga akan menerima kekurangan kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen