Jangan Tak Tahu, Lelaki Yang Kurang Kacak Buat Wanita Lebih Bahagia Di Sisi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun lelaki kacak itu sedap mata memandang, namun tidak semua wanita memiliki citarasa yang sama iaitu mahukan lelaki kacak sebagai pasangan hidup. Kerana itulah ramai wanita yang memilih lelaki yang biasa-biasa sahaja meski adakala sehingga kelihatan agak ketara seperti beauty anda the beast.

Percaya atau tidak, terdapat kajian mengatakan wanita lebih bahagia apabila bersama dengan lelaki yang kurang menarik berbandingnya.



Hasil kajian Florida State University menganalisis hubungan 113 pasangan yang baru berkahwin dalam usia 20-an. Tujuannya adalah untuk mengetahui sama ada penampilan menarik seseorang itu adalah kunci kebahagiaan dalam hubungan atau sebaliknya. Kajian sebelum ini pada tahun 2011 oleh Journal of Personality and Social Psychology menyebut lelaki biasa dengan isteri cantik umumnya mempunyai perkahwinan yang lebih berkekalan dan bahagia. Penemuan terbaru ini menyokong kajian di mana ramai wanita memang lebih bahagia dengan lelaki rupa ‘biasa’.



Hasil kajian juga menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai suami menarik ternyata lebih bimbang dari segi penampilan mereka dan sanggup berusaha untuk berdiet dan menjaga penampilan. Mereka juga lebih takut jika suami mereka akan dirampas oleh orang lain.

Sebaliknya, isteri-isteri yang mempunyai suami yang kurang menarik, tidak terlalu memaksa diri dari segi penampilan. Mereka juga tidak merasakan keperluan untuk bersaing dengan wanita lain untuk kelihatan cantik. Ada benarnya juga hasil kajian ini. Tapi kalau dah jodoh dengan lelaki kacak nak buat macam mana. Terimalah dengan ikhlas dan redha.



Walaubagaimanapun, kepada yang memiliki suami kacak atau lebih menarik berbanding dirinya, jangan risau dan khuatir, kerana terdapat banyak cara untuk menambat hati suami dengan cara yang betul. Antaranya adalah dengan sentiasa menjadikan diri anda kelihatan menarik di depannya sahaja.

Selain itu, jadilah wanita terhebat dimatanya, bukan untuknya sahaja, tetapi untuk anak-anaknya juga. Dengan menjadi ibu yang dikagumi anak-anak, pastinya turut mendapat tempat dihati suami. Walaubagaimanapun, jodoh kita adalah ketentuan Allah, masing-masing miliki kelebihan tersendiri dan ada hikmahnya Allah hadirkan dia sebagai pasangan kita. Bersyukurlah selalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen