Betul Ke Sayang Akan Dia? Ataupun Sekadar Takut Kehilangan & Kesunyian Je.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila rasa kesunyian, sesiapa pun akan mudah untuk rasa cinta dan suka terhadap seseorang. Sebab itu bila telah lama sangat single, maka untuk menyukai seseorang itu akan lebih mudah, malah akan lebih senang. Tetapi adakah perasaan yang hadir itu adalah suka, cinta mahupun sayang?

Ini yang ramai orang tak tahu dan tak dapat bezakan antara kesemua ini. Apa yang orang selalu rasakan adalah perasaan suka itulah sayang, itu jugalah cinta. Sedangkan ia sangat berbeza.



Ada yang menyatakan bahawa bila perasaan suka itu, dia mudah untuk berubah hati. Tapi bila perasaan sayang, dia rasa takut kehilangan tetapi pada masa yang sama ia boleh terisi dengan orang lain. Bagaimana pula dengan cinta? Cinta ini adalah bila anda ingin setia malah ingin beri sepenuh perhatian kepadanya. Itu namakan cinta.

Jadi macam mana nak bezakan perkara ini?

Ada 3 cara untuk anda sendiri tahu adakah ia sekadar suka, cinta mahupun sayang.

1. Melalui komunikasi.

Perkara yang boleh dilihat adalah melalui komunikasi nonverbal. Sebagai contoh, melalui pandangan mata, apabila dengar suara serta melihat wajahnya. Ala orang kata macam ada getaran di jiwa, haa macam itulah rasanya. Rasa berdebar-debar bila dekatnya malah terasa kekok. Namun apa pun yang dirasakan itu belum tentu dia itu jodoh anda.



2. Jangan terburu-buru menyatakan perasaan. Ketahui dahulu perasaan sendiri.

Bila rasa sunyi, perasaan takut kehilangan menyebabkan anda membuat keputusan terburu-buru, itu yang menyebabkan anda akan lebih cepat untuk meluahkan rasa sayang atau suka pada seseorang itu, sedangkan itu adalah perasaan takut kehilangan. Haa.. cuba check hati tu.

3. Dengar kata hati.

Apa yang paling penting adalah hati sendiri. Dia lebih tahu sama ada sedang suka ke, jatuh sayang ataupun jatuh cinta. Apa kata hati itu? biasanya kata hati yang paling dalam itu sebenarnya suara hati kita. Betul ke kita nak dekat dia? Betul ke dia nak dekat kita?



Fikir-fikirkan, kadang kala kita cuma sunyi, takut tak ada orang nak kalau tolak dia. Sebab itu mudah je kita katakan sayang sedangkan ia sebaliknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen