Silapnya Suami Bila Biarkan Isteri Berdikari Sendiri, Rumahtangga Yang Berbunga Boleh Jadi Tawar Akhirnya, Hubungan Hanya Sekadar Tanggungjawab.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa seronok bila isteri kita ini pandai uruskan perkara sendiri? Rasa untung sangat sebab isteri ini tak susahkan suami?

Jangan seronok dulu, perkara ini sebenarnya bahaya dalam perkahwinan. Makin pandai isteri berdikari tanpa bantuan suami, maka isteri akan semakin jauh dengan suami. Malah hubungan suami isteri juga akan renggang.

Baik suami mahupun isteri ini sebenarnya kena ambil tahu hal antara satu sama lain. Tak boleh kalau salah seorang lepas tangan macam itu sahaja. Tersangat beruntung seorang isteri itu jika suaminya suka ambil tahu hal anak-anak dan rumahtangga, malah ia juga menyenangkan hati si isteri.

Walaupun sekadar ambil tahu akan hal-hal yang remah tapi ia bermakna dalam hati isteri. Nak tahu apa bezanya hubungan yang suami peduli dengan tidak? Ikuti perkongsian Masturah Abu Bakar ini. Semoga ia bermanfaat buat rumahtangga kalian.



Saya salute sangat para suami yang libatkan diri sepenuhnya dalam urusan isteri dan anak-anak.

Kalau boleh semuanya perlu ada dalam pengetahuan dia, walaupun hanya ambil tahu dan ambil berat. Itu juga penglibatan.

Concern. Common sense. Alert. Apa yang berlaku dalam ‘rumah kita’.

Walaupun isteri tu benar boleh buat semua benda atau mahu buat semua benda, suami harus ada rasa ‘concern’ dalam bentuk tindakan.

Contoh, isteri mengandung nak pergi checkup. Suami yang concern dalam bentuk tindakan walaupun sibuk bekerja tak dapat teman, dia akan mesej tanya keadaan. Atau belikan sarapan.



Silapnya para suami kerana biarkan isteri terlalu berdikari.

Dari keperluan diri sendiri, rumah, ibadah, pembinaan jiwa, keperluan dan pendidikan anak-anak, urusan kerjaya, bisnes. Semuanya isteri fikir dan buat sendiri.

Suami jarang ambik tahu. Tak berminat nak jadi hero macam sebelum kahwin dulu. Tak rasa nak ambik berat.

Yelah, isteri boleh buat semua benda. Jadi suami rasa boleh lepaskan isteri buat sendiri. Suami lepas tangan.

Jangan merungut kenapa isteri tak pandai melayan. Jangan tanya kenapa isteri tak sediakan keperluan. Jangan persoalkan kenapa isteri dah dingin.

Kerana rasa cinta sudah tawar. Kosong. Rumahtangga sekadar memenuhi tanggungjawab seorang ibu. Atau lebih baik hidup sendiri.

Keadaan ini sangat bahaya kerana saat inilah syaitan buat kerja.



“Awak ok ke? Ada apa-apa yang abang boleh tolong?”

Ayat ni sangat bernilai untuk seorang isteri.

Sekurang-kurangnya isteri tahu dia tak berjuang sendiri.

Para suami, jadilah hero kepada isteri. Pimpinlah isteri. Jangan biar mereka terlalu berdikari. Ambil tahu. Ambil berat. Libatkan diri dan jangan lepas tangan.

Jadilah seperti seorang ayah yang selamanya menjadi hero kepada anak-anak perempuannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen