16 Jenis Pekerja Gen Y Paling Dahsyat Di Malaysia.

Oleh: Rafi

Menurut Kementerian Sumber Manusia seramai 200,000 belia masih menganggur daripada 500 000 penganggur di Malaysia. Zaman ini adalah zaman dimana terdapat segolongan pekerja Gen Y yang bekerja semuanya I AM Never WRONG, You Are Always Wrong dan Everything Have To Follow OUR WAY ! Seperti seolah – olah THE WHOLE WORLD OWE THEM !



1. Ingat syarikat milik sendiri – Bodoh sombong.

Pekerja Gen Y kini semakin tidak tahu peranan, posisi dan kedudukan mereka dalam sesebuah syarikat. Terdapat segolongan Gen Y kini lupa mereka diupah adalah untuk berkhidmat dan bekerja untuk sesebuah organisasi dan syarikat dan bukannya untuk terus menyoal serta mencabar polisi, sistem, cara dan segala keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi sesebuah syarikat. Mereka ingat syarikat bak kata orang dalam Bahasa orang putih yang berbunyi ” You Think Is Your Grandfather Company” ? Realitinya, ramai pemuda yang bekerja dengan ibu bapa atau perniagaan keluarga juga perlu patuh pada segala polisi dan pengurusan syarikat. Bukannya pada hari Sabtu atau minggu boleh pilih untuk tidak datang ke pejabat mengikut emosi dan perasaan mereka. Peliknya, jika golongan Gen Y ini benar – benar berbakat dan berkebolehan dengan pelbagai idea dan cara mereka tersendiri yang bertentangan dengan kepimpinan tertinggi syarikat di tempat mereka bekerja maka mengapa pula mereka tidak berkemampuan untuk memulakan perniagaan sendiri dan sendiri menjadi majikan? Ini dipanggil golongan Gen Y yang ingat dan perasan mereka bijak tetapi sebenarnya bijak tidak berkebolehan atau orang Melayu suka panggil tidak ukur terlebih dahulu di baju sendiri. Bak kata pepatah Melayu berbunyi Bodoh Sombong.



2. Tidak boleh dimarahi.

Golongan Gen Y ini pula merupakan golongan yang tidak langsung boleh dimarahi. Jika pihak kepimpinan tertinggi atau pengurusan menegur sedikit sahaja maka terus mereka mula berasa dengki dan marah. Apakah logiknya pekerja pada zaman ini langsung tidak boleh ditegur? Mereka selalu berpegang pada prinsip ” I Am Always Right And Will Never Ever Be Wrong ‘ . Jika mereka sendiri adalah majikan maka boleh diterima lagi tetapi posisi dan kedudukan sebagai pekerja hendak berlagak seperti jenama terkenal berbunyi “Hugo Boss”. Ada segelintir apabila ditegur maka terus bermusuhan dengan pihak pengurusan. Ditegur sedikit maka sudah menjadi musuh seolah – olah ibu bapa mereka dibunuh. Beginilah realiti pekerja golongan Gen Y pada zaman ini. Jika tidak langsung ditegur maka mengapa lagi keluar bekerja? Tidak perlu bekerja atau sendiri jadi BOSS dan tidak perlu dimarahi oleh sesiapa! Marah sedikit maka sudah MUKA HITAM!

3. Mahu gaji tinggi yang tidak munasabah.

Terdapat lebih daripada 500 000 rakyat Malaysia kini menggangur. Sampai graduan Ijazah pun kalau ada kerja biasanya gaji pasaran adalah sekitar RM 1800 – 2000. Adalah pula segelintir pekerja Gen Y kini yang pada tahap SPM sahaja tetapi mahu gaji seperti seorang graduan Ijazah. Terdapat satu kes pekerja Gen Y di syarikat tertentu dalam masa tidak setahun gajinya sudah meningkat lebih daripada 500% daripada gaji asal yang dijanji namun pihak pengurusan dan kepimpinan terus dikecam kerana masih lagi tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima. Pelbagai tohmahan dan kecaman dilontarkan kepada pihak pengurusan. Tohmahan seperti pihak kepimpinan memandang rendah kepada mereka yang tidak berpendidikan tinggi hanya kerana permintaan gaji tidak munasabah meraka mengikut pasaran dan skop kerja ditolak. Ada pula pelatih yang langsung tidak masuk akal mahukan gaji mendekati seorang graduan dengan alasan kerja dan masa mereka adalah sama seperti seorang pekerja sepenuh masa. Syarikat mana di dunia ini tidak kira apa alasan dan logik pelatih tertentu yang sebenarnya membayar pada kadar sedemikian? Apabila permintaan tidak diterima maka pihak pengurusan tertinggi terus dikecam. Beginilah Gen Y kita pada hari ini.

Ada pula pekerja Gen Y part time dimana sambil bekerja dan belajar pada masa yang sama tetapi mendapat gaji yang lebih tinggi daripada graduan dan pekerja sepenuh masa masih belum lagi berpuas hati dengan kadar bayaran sedemikian. Ada pula kes seorang pelajar yang memiliki SPM sahaja tetapi apabila diupah untuk menjadi penulis part time di sebuah syarikat tetapi meminta gaji settingi RM 4500 dengan alasan inilah kadar bayaran seorang editor. Apabila permintaan ditolak maka terus merajuk dan meninggalkan syarikatnya.



4. Menyerang pihak kepimpinan syarikat di sosial media dan blog.

Trend zaman ini adalah zaman dimana Gen Y akan terus menyerang pihak kepimpinan mereka apabila mereka tidak berpuas hati terhadap mana – mana isu yang mereka tidak suka. Ada pula yang terlalu sibuk apabila rakan sekerja mereka yang memiliki masalah dengan pihak kempimpinan pengurusan tetapi mereka pula membuat reaksi seperti seorang BUSY BODY untuk mempertahankan rakan sekerja mereka. Padahal isu yang berkaitan langsung tidak memiliki kaitan dengan mereka. Inilah sifat orang kata berlagak seperti seolah – oleh ‘OWNER OF THE BUSINESS’ . Jika benar – benar sudah sampai tahap tidak boleh menahan emosi period sendiri yang terlalu emotional dan sampai tahap perlu serang kepimpinan tertinggi terhadap mana – mana sifat dan sikap yang anda tidak puas hati di sosial media dan blog maka mengapa lagi perlu susah kerja di syarikat tersebut ? Orang bekerja di mana – mana organisasi kerana mereka memiliki keyakinan dan kepercayaan tinggi terhadapat ‘ The Pilot of The Company’ . Jika sudah tiada FAITH, TRUST dan SUPPORT kepada pilot tersebut maka keluar sahajalah daripada karpal terbang yang dipandu oleh PILOT ini. Jangan terus jadi hiprokrit gaji ambil daripada pihak syarikat yang DIMILIKI oleh pihak kepimpinan tertinggi tetapi tidak menyokong dan selari dengan kepimpinan tersebut .

5. Mengganggap aset syarikat adalah milik peribadi.

Ada pekerja yang sama ada sudah meninggalkan syarikat tetapi masih lagi menyimpan aset milik syarikat. Apabila pihak pengurusan hendak meminta kembali maka bukan main sombong mereka sehingga perlu dirayu beberapa kali pun tidak mahu memulangkan kepada syarikat. Ada yang sombong sampai tahap ‘if you want me to return then you have to follow my condition and timing. Sampai timing untuk memulangkan mereka berani untuk membuat keputusan sedemikian seolah – olah aset yang diminta oleh syarikat adalah milik peribadi mereka. Ada juga jenis pekerja apabila pihak pengurusan meminta kembali aset yang dipinjamkan kepada mereka maka terus membuat tuduhan dan fitnah mereka dipecat.

6. EGO tidak bertempat.

Terdapat juga Gen Y yang berani berkata kepada pihak pengurusan mereka ” If That Manager Want To See Me Then Ask Him To Come Over To My Place To Talk To Me “. Prinsip mereka jika mana – mana pengurus yang ada perkara yang hendak berbincang dengan mereka dan bukannya mereka yang hendak berbincang dengan pengurus maka If That Manager Want To See Me Then Ask Him To Come Over To My Place To Talk To Me ” dan bukannya mereka pergi ke tempat pengurus mereka untuk berbincang.

7. Pengurus perlu tunduk pada mereka.

Ada juga yang kini mahukan pihak pengurusan untuk menegur mereka mengikut cara mereka. Dalam bahasa Inggeris adalah ‘ If you want to talk to me then you have to talk to me in this or that way “. Jika cara berkomunikasi mana – mana pengurus yang dirasakan tidak mengikut piawaan mereka maka terus mereka membuat pelbagai peragai untuk menentang. Semuanya perlu ikut cara mereka. The way you talk to me must be XXX. Your type of voice must be xxx.. Sampaikan jika ada pengurus bertanya adakah pada hari ini kamu hanya membuat 2 postings maka terus mereka berkata pengurus ini kurang ajar. Cara pengurus ini bertanya soalan ini adalah tidak betul kerana mereka sudah membuat semua posting mengikut KPI harian dan soalan pengurus ini adalah menfitnah mereka tidak membuat kerja. Lihatlah pekerja pada hari ini apabila ditanya sahaja mereka terus COP pengurus mereka sebagai menfitnah mereka. Padahal asking a question and making an accusation statement adalah 2 perkara yang berbeza.



8. Membuat kerja mengikut emosi.

Ada yang jika mood tidak baik maka terus memberi alasan kerja harian ini tidak mampu dilakukan. Ada pula yang sakit sedikit maka juga terus memberi alasan sedemikian. Ada pula mengikut emosi mereka iaitu memilih pihak pengurus dan individu yang mereka suka. Kenyataan seperti I Do Not Want To Be Under This Person or That Person. I Will Only Listen To This and That Person. Ada pula yang berkata this person is not a good leader or manager dan tidak mahu patuh pada kepimpinan mereka seolah – olah mereka sendiri adalah Good Leader dan Manager ?

Inilah golongan pekerja yang paling bermasalah. Sendiri belajar sampai tahap SPM. Soal kerja sendiri tidaklah menyumbang setahap mana tetapi berlagak seolah – oleh diri mereka layak untuk memberi komentar dan memilih pengurus di dalam syarikat mereka. Seteruk – teruk mana pengurus yang mereka tidak suka atas apa alasan mereka sekalipun tidaklah seteruk mereka dimana pengurus pun belum layak jadi.

9. Masalah teman wanita dan kekasih dalam percintaan.

Ada pekerja gaji dibayar penuh tetapi berkali – kali sampai sebulan setengah terus berpacaran dengan kekasih mereka. Setiap kali kalau mahu honeymoon dengan kekasih maka terus sampai satu hingga 2 bulan hilang orang. Dalam bahasa Inggeris orang berkata even if it is your grandfather company you can never ever do that. Sampai tahap pihak pengursan tertinggi memberi subsidi dan sponsor dalam honeymoon tersebut tetapi akhirnya pihak pengurusan tertinggi masih adalah orang yang salah, jahat dan tidak baik. Ada pula disebabkan dengan percintaan mereka dalam syarikat maka mereka terlibat dalam politik syarikat yang langsung tidak berkaintan dengan mereka dengan hanya kerana memiliki kaintan dengan kekasih mereka. Kalau sokong sangat kekasih maka terus tinggalkan kerja dan terus kerja dengan kekasih anda dan ambil gaji daripadanya.

10. Tidak bersyukur.

Ada pekerja dimana bukan sahaja honeymoon ditaja sedikit oleh pihak pengurusan tetapi sampaikan hutang mereka dilangsaikan, tajaan sedikit untuk bayaran pendidikan mereka, bil wifi rumah, down payment kenderaan, lap top peribadi dan pelbagai lagi tajaan tetapi akhirnya pihak pengurusan juga tetap adalah orang yang jahat, silap, salah, pentingkan diri sendiri dan pelbagai lagi tohmahan. Ribuaan telah ditaja tetapi jika pihak pengurusan hutang mereka sedikit sahaja maka terus riuh rendah sekampung.

11. Tidak hormat.

Ramai pekerja Gen Y kini memiliki sikap dan sifat tidak perlu Reply dan Respond terhadap segala pertanyaan pihak pengurusan mereka. Mereka terus baca dan seen dan seterusnya tiada sebarang penghantaran mesej kembali. Ada juga yang lebih teruk iaitu terus tidak lihat dan berkata I not yet see your Message !

12. Sibuk dengan kehidupan peribadi pengurus syarikat.

Dalam kategori 3 kita merujuk kepada golongan pekerja mahukan gaji tidak munasabah. Antara alasan lain dalam kategori ini adalah mengapa pengurus ini boleh makan sambil begitu banyak? Mengapa pengurus ini membeli telefon bimbit kepada kekasihnya? Mengapa pengurus ini boleh beli ini dan itu? Mereka pengurus ini boleh membuat perbelanjaan sedemikian?

Apa kaitan hidup peribadi dan cara pengurus itu mahu gunakan wang dan duitnya sendiri? Apakah hanya kerana seseorang pengurus belanja lebih di atas kehidupan peribadi maka pengurus ini pula wajib untuk menggunakan wang tersebut untuk menaikkan gaji mereka? Golongan ini adalah golongan gila tidak munasabah. Jika mahu gaji tinggi maka sendiri buat bisness sendiri dan gunalah wang anda atau wang syarikat anda sesuka hati andalah ! Apa kaitan pengurus guna wang sendiri dengan gaji mereka? Bukannya pengurus guna wang mereka ? Wang syarikat satu sen pun tidak pernah ambil daripada mereka untuk melabur di dalam syariakt. Suka hati pengurus mahu belanja apa – apa sahaja dalam kehidupannya dan realitinya langsung tiada kaitan dengan gaji anda.

13. Tidak boleh buat kerja lebihan.

Gen Y zaman ini kalau buat kerja lebih sedikit maka sudah bising. Kata stress la . Banyaklah ! Orang ini dan orang itu buat kerja pun tidaklah banyak. Pelbagai lagi alasan. Seolah – olah mereka diupah semuanya perlu ikut cara mereka. Ikut KPI persendirian. Ikut sistem, working day dan timing kerja mereka. Ikut style dan cara mereka. Semuannya perlu ikut mereka.

14. Ingat syarikat adalah touch and go.

Kalau gaji sesuai maka tinggal kalau gaji tidak seseuai dengan benchmark mereka maka mereka akan keluar kerja di tempat lain. Bila belum ada kerja di tempat lain maka terus menghisap dara gaji di syarikat sedia ada seperti touch and go. Seperti syarikat yang mereka kerja itu adalah Community Service Center.

15. Masalah tidur.

Masalah ini semakin menjadi – jadi dalam kalangan Gen Y. Masalah bangun lambat. Waktu pejabat Malaysia biasanya sekitar jam 8 pagi tetapi ada pula pekerja sampai 3 petang masih belum lagi bangun dan hadir ke pejabat. Bila disoal maka kata bangun lambat. Ada pula pekerja dibayar gaji selama setahun tetapi dalam 250 dalam 365 hari terus tidur sampaikan pihak pengurus sendiri perlu bangunkannya untuk bekerja selama setahun tersebut. Bila disoal maka pula hendak sibuk menyoal mengapa kepimpinan tertinggi tertentu boleh tidur ? Inilah masalah Gen Y kini. Mereka tidak dapat beza syarikat itu milik siapa. Suka hatilah pemilik syarikat hendak tidur atau membuat apa – apa sahaja. Kalau sendiri mahu tidur maka sendiri memiliki perniagaan sendiri dengan cara sendiri. Kalau kerja dengan orang lain dengan gaji daripada syarikat lain maka buatlah kerja sepatutnya dan bukannya gosip, berpolitik, honeymoon 2 bulan dan tidur sepanjang hari.

16. Kes curi.

Ada sampai pekerja tinggal makan di rumah majikan tetapi sampai kekasih mereka datang ke rumah curi baju. Ada juga kes kunci rumah majikan dicuri dan tidak mahu dipulangkan. Ada juga kes apabila majikan beri wang bayar bil tertentu maka wang tersebut dicuri untuk penggunaan persendirian. Yang dicuri boleh beribu – ribu majikan boleh maafkan tetapi kalau majikan hutang sedikit maka terus buat bising tidak berakhiran. Beribu – ribuan ringgit ditaburkan majikan tidak pernah mahu ‘ calculative ‘ dengan pekerja tetapi kalau majikan hutang sedikit pekerja start to calculate everything. Ada mana – mana majikan dan pihak pengurusan di Malaysia berhadapan dengan mana – mana 16 jenis penyakit pekerja Gen Y zaman ini ?

Dengan sifat, sikap dan mentaliti sedemikian tetapi apabila gaji rendah atau menggangur maka semuanya salahnya kerajaan negara Malaysia! Salahkan ekonomi! Salah majikan! Salah syarikat ! Salahkan satu dunia tetapi tidak pernah diri sendiri!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen