Jangan Kita Datangkan Kemurkaan Allah Pada Majlis Perkahwinan Kita, Ini Permulaan Hidup Baru Sebagai Suami Isteri, Perjalanan Masih Jauh Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Majlis perkahwinan adalah satu permulaan hidup buat pasangan yang berkahwin. Dari situlah keberkatan atau keredhaan Allah yang kita perlukan. Ini kerana, majlis tersebut berlangsung setelah kita ini bergelar suami isteri.

Sekarang ini, masing-masing berlumba untuk melaksanakan majlis perkahwinan yang mewah serta gilang gemilang. Majlis siapa yang paling ramai tetamu, majlis siapa yang paling meriah malah majlis siapa yang paling banyak pelaminnya.

Itu belum lagi termasuk bab-bab hantaran serta berapa banyak persalinan baju pengantin pula.

Majlis perkahwinan ini diadakan untuk pasangan suami isteri yang baru untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa mereka ini telah berkahwin. Bukannya untuk melakukan pembaziran yang tidak sepatutnya.



Ini sanggup berpenat lelah kumpul duit beribu-ribu untuk miliki majlis perkahwinan yang mewah serta ikut tred, sedangkan semua itu hanya pembaziran sahaja. Dalam masa sehari segala wang yang bertahun-tahun disimpan hangus begitu sahaja.

Ramai anak-anak muda Islam yang berhasrat untuk bernikah merasa ghairah dengan impian masing-masing untuk mengadakan kenduri kahwin mereka mengikut ajaran sunnah. Malangnya mereka sendiri terkeliru dan tidak tahu bagaimanakah bentuk kenduri kahwin yang mengikut sunnah nabi.



Ada yang berkata kenduri kahwin mengikut sunnah itu ialah dengan mendapat restu ibubapa, ada yang berkata kenduri kahwin sunnah itu pula adalah dengan mengadakan jamuan kambing kerana nabi suruh mengadakan walimah (kenduri nikah) walaupun dengan seekor kambing.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud : “ Adakanlah Walimah (kenduri kahwin) sekalipun dengan seekor kambing.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Majlis perkahwinan ini adalah permulaan hidup kita sebagai suami isteri yang sah, maka dengan itu disini jugalah peluang kita untuk memulakan satu hubungan yang mendapat kredhaan Allah.



Berikut adalah tanda-tanda majlis perkahwinan yang dimurkahi Allah.

1. Tak jaga aurat.

Hari pertama bergelar suami, si suami telah menjadi seorang lelaki yang dayus. Di mana dia berbangga menunjuk dan menayang aurat isterinya. Sedangkan, si suami sepatutnya menjaga maruah serta aurat isteri tetapi jika begini, macam mana perkahwinan kita mendapat keberkatan.

2. Tak menjemput mereka-mereka yang berkemampuan.

Tetamu adalah orang yang akan memeriahkan majlis kita. Tetapi ramai orang sekarang ini hanya menjemput tetamu yang sama level dengan mereka sahaja. Sebagai contoh, jemput tetamu yang kaya sahaja. Sedangkan tetamu-tetamu yang miskin atau kurang berkemampuan akan membawa keberkatan kepada majlis perkahwinan tersebut.

Sabda Rasulullah saw, “Seburuk-buruk makanan yang dijamu ialah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Majlis perkahwinan adalah satu permulaan yang baru dalam hidup kita. Maka kita perlu dapatkan keberkatan dan redha Allah bukan sebaliknya. Ini disebabkan kita nak bahagia dengan pasangan kita sehingga akhir hayat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen