Tidak Ada Insan Suci Yang Tidak Mempunyai Masa Lampau Dan Tidak Ada Insan Yang Berdosa Tidak Mempunyai Masa Depan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia banyak melakukan kesilapan. Namun Allah itu maha pengasih dan penyayang, pintu taubat sentiasa terbuka luas buat hambaNya yang ingin kembali ke pangkal jalan. Manusia dijadikan tidak sempurna dan tidak terhitung dosa-dosa yang dilakukan sama ada kecil mahupun besar, sama ada disedari atau tanpa disedari.

Sebagai sesama manusia, kita perlu saling menjaga hati manusia di sekeliling kita, meski kita tahu masa lampaunya bagaimana, namun siapalah kita hendak menghukum mereka. Kita langsung tidak berhak menghukum selain Allah. Namun masih ada segelintir masyarakat yang sering memandang serong terhadap manusia yang pernah melakukan kesilapan seolah-olah dia yakin yang dirinya suci tanpa dosa. Walhal mereka patut berasa malu pada diri sendiri dek kerana perangai yang terkutuk itu.



Jangan pernah menyangka bahawa mereka yang mempunyai masa lampau yang teruk itu akan terus-terusan malakukan silap yang sama. Adakala mereka lebih disayangi Allah di penghujungnya kerana sedar dirinya berdosa dan sering bertaubat. Lain pula dengan mereka yang berbangga dengan diri yang sering membandin bandingkan dengan orang yang berbuat dosa, berasa dirinya suci sedangkan kita semua tidak tahu pengakhiran jalan cerita hidup kita. Adakah sempat bertaubat sebelum dijemput ke dunia abadi? Oleh itu janganlah mudah berasa selesa dengan apa yang kita lalui detik demi detik.



Jika kita lihat kerenah masyarakat zaman ini, sebagai contoh mereka amat memandang buruk terhadap bekas banduan. Berpendapat bahawa mereka yang pernah masuk penjara adalah manusia keji dan jahat, sering dihukum dengan pelbagai makian apabila keluar daripada penjara. Adakala mereka ini insaf dan memilik masa depan yang lebih cerah berbanding mereka yang tidak pernah terima pengajaran itu. Kesilapan lalu menabahkan seseorang, kesilapan lalu menjadi pembakar semangat untuk membuktikan bahawa mereka juga mampu mencapai kebahagiaan.

Begitu juga dalam perhubungan, jika mendapat tahu pasangan kita mempunyai masa lampau yang dirinya sendiri sudah tidak mahu ingat kembali, mengapa kita pula yang sering mengungkit? Sindiran, perlian itu hanya akan meruntuhkan semangat dan kekuatannya. Rasa menyesal semakin menebal dalam diri mereka. Salahkan jika memberi kemaafan dan melupakan? Tiada siapa meminta untuk mempunyai masa lampau yang tidak baik, adakala itu hanyalah ujian untuk kita, mungkin dengan ujian itu akan mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta? Janganlah pula yang tiada kena mengena melebih-lebih menjatuhkan hukuman untuk kepuasan hati yang membuak-buak sentiasa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen