Rugilah Kalau Dah Kahwin Tak Buat 3 Perkara Ni, Bukan Rumahtangga Je Mesra, Rezeki Pun Makin Dekat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat pasangan yang dah kahwin, rasanya petua untuk mendapatkan rezeki yang mencurah-curah adalah melalui pasangan kita. Kalau seorang suami, sudah tentulah isterinya begitu juga sebaliknya. Cuma yang membezakan kita ini adalah, rezeki yang melimpah kita nak tapi nak ambik hati serta redha pasangan punyalah payah.

Seorang isteri tak pernah sekali pun lupa untuk mendoakan kerjayaan suaminya, akan tetapi suami-suami jangan lupa untuk ambil hati isteri sendiri. Mereka ini bukan nak minta kerjayaan kalian pun, tetapi tersangat cukup memadai kalau suaminya mengingati dan menghargainya.



Rasa-rasa, ramai lelaki yang berjaya memiliki seorang isteri yang akan menyokong susah senangnya. Jadi suami-suami hargai isteri kalian. Tak susah pun sebenarnya, cuma buat 3 langkah ini je, Insya Allah akan dipermudahkan segala rezeki.



1. Jadi suami yang prihatin terhadap isteri.

Isteri ini biasanya akan lebih percaya dengan suami mereka. Sebab itu mereka ini sentiasa meluahkan perasaan mereka kepada suaminya. Jadi suami ini tak susah pun, cuba dengar je apa yang isteri kita luahkan, fahami hati dan perasaannya.

Wanita ni selalunya menjadikan bercakap itu sebagai terapi diri, jadi balas jasa isteri dengan mendengarkan segala apa yang mahu diceritakan. Hilang stres isteri!

2. Tolong-tolong la sikit isteri.

Bial balik rumah jangan terus nak baring depan Tv je, cuab tengok-tengok sikit isteri kita kat dapur tu. Entah-entah tengah bersilat nak siapkan jaudah makan malam. Apa salahnya kalau kita tolong dia potong bawang sikit atau jaga anak, ringan sikit tugas isteri itu. Walaupun wanita ni seorang yang multi-tasking segala perkara boleh buat tapi itu bukan lesen untuk si suami lepas tangan.

Kalau tak boleh buat hari berkerja sebab letih sangat, hari minggukan ada.



3. Jangan lokek nak puji isteri sendiri.

Jangan tak tahu, puji isteri ini pun kira macam nafkah batin juga, tapi itulah ramai yang tak buat sebabnya malu nak puji isteri. Kalau tak nak puji kecantikan isteri, apa kata puji apa yang isteri lakukan setiap hari. Macam masakkan dia, keadaan rumah ataupun pakaian dia. Tahu tak ‘kuasa’ pujian ni boleh membuatkan isteri berasa gembira sepanjang hari. Jadi si suami bila nampak isteri tu cuba puji walaupun kadangkala ia nampak macam perkara yang remeh.

Ramai yang tak nak buat 3 perkara ini sebabnya tak nampak pun keberkesanannya. Kalau sehari dua memang la tak berkesan, cuba kalau jadikan amalan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen