Berkerja Pada Shif Malam Bukan Satu Perkara Yang Mudah, Selain Badan Tak Dapat Rehat Yang Cukup, Kualiti Tidur Juga Terganggu. Ini Yang Korang Perlu Ambil Kira Bila Berkerja Waktu Malam.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kerja pada luar waktu 8-9 jam adalah perkara biasa jika ia dilakukan pada waktu siang hari. Tetapi ia akan menjadi luar biasa apabila ia perlu dilakukan pada waktu malam, malah kadang kala ia terpaksa mengambil masa selama 12 jam. Namun begitu, gaya berkerja begini telah menjadi kebiasaan untuk negara yang membangun.

Cumanya, masalah akan berlaku kepada perkerja tersebut seperti gangguan tidur serta kurang rehat mengikut waktu sepatutnya.

Secara kebiasaannya, pekerja yangyang berkerja pada waktu mala mini merasakan mereka boleh menggantikan tidur malam dengan tidur pada waktu pagi atau petang selepas berkerja. Akan tetapi sebenarnya, rasa mengantuk masih dapat dirasai walaupun telah tidur selama 7 jam pada siang hari.



Keadaan ini disebabkan oleh waktu biologi yang masih menghantar isyarat mengantuk pada waktu malam yang akan berfungsi seperti normal.

Biasanya perkerjaan seperti polis, bomba, pengawal keselamatan, doktor dan lain-lain memerlukan tahap berjaga yang tinggi sepanjang malam.



Apa yang kesan daripada perkara ini, ia akan mengganggu tumpuan, gaya pemikiran serta kesukaran dalam membuat keputusan.

Mengantuk yang berlebihan disertai dengan gangguan dalam aktiviti harian, boleh menjadi gejala hypersomnia yang dicetuskan oleh kurang tidur.

Cara yang terbaik yang boleh dilakukan oleh mereka yang berkerja pada waktu malam adalah dengan mengekalkan kualiti tidur.



Bagaimana hendak mengekalkan kualiti tidur yang sebenar?

1. Jangan berkerja pada waktu malam secara berturut-turut.

2. Elakkan perubahan yang terlalu ketara. Jangan tiba-tiba terus kerja pada waktu malam, sedangkan selama ini tak pernah lakukan.

3. Tidur sekejap pada waktu malam untuk memastikan badan dapat rehat.

4. Pastikan terdapat pencahayaan yang mencukupi di tempat kerja.

5. Hadkan penggunaan kafein.

6. Selepas berkerja terus pulang ke rumah untuk tidur.

7. Pada waktu tidur, pastikan tiada gangguan daripada orang lain.

Waktu kerja pada waktu malam sememangnya memerlukan tenaga yang banyak. Maka dengan itu, perlu sentiasa tubh badan anda mendapat rehat yang mencukupi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen