Mencari Mr. Perfect 10?

Oleh: Rafi

Setiap wanita pasti mengimpikan pasangan mereka seorang yang setia. Kesetiaan adalah salah satu rencah utama dalam membina hubungan percintaan. Tanpa kesetiaan, hubungan yang dibina pasti bergolak dan akhirnya terputus. Bila berbicara tentang lelaki, pasti dikaitkan dengan curang, kaki perempuan dan panas baran. Namun disebalik itu, masih ada lelaki yang setia dan penyayang. Oleh itu, kaji dan selidik dahulu untuk mengetahui dia setia atau tidak sebelum dijadikan pasangan hidup. Tetapi bagaimana mahu mengenali si dia seorang yang setia? Melalui percakapan? Atau gerak tubuhnya? Jom kita semak ciri-ciri lelaki setia.



Ciri-Ciri Lelaki Setia.

1. Lelaki yang setia mencintai anda tidak pernah memberikan alasan kenapa ia mencintai kamu, yang dia tahu dimatanya hanya ada anda.

2. Melihat wanita lain adalah perkara yang biasa bagi lelaki walaupun sedang bersama dengan pasangan. Anda sebagai wanita pasti risau akan situasi ini. Namun andai pasangan anda menjaga pandangan dia, itu adalah petanda bahawa dia lelaki yang setia.

3. Walaupun jauh di mata, si dia sentiasa mengambil tahu tentang anda. Makna kata dia tak pernah lupakan anda. Di situ anda boleh melihat si dia benar-benar mengambil berat.

4. Jika terjadinya perselisihan faham, dia sentiasa bersikap tenang dan cuba menyelesaikan masalah. Sebolehnya si dia tidak mahu bergaduh dengan anda dalam tempoh masa yang lama.

5. Jika benar lelaki itu setia dan serius dengan anda, pastinya dia sudah membuat perancangan untuk anda berdua. Si dia akan bekerja keras untuk menikahi anda.



6. Si dia sentiasa bertanyakan soalan yang sama seperti, “Awak masih sayangkan saya?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang anda padanya berbelah bahagi. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

7. Andai lelaki itu gemar menggoda dan bermain cinta dengan wanita lain walaupun ketika itu dia masih ada hubungan dengan anda, lelaki ini bukanlah yang setia. Lelaki yang setia tidak akan permainkan perasan wanita yang disayanginya.

8. Ketika anda sedang menghadapi masalah, si dia mesti menjadi orang pertama yang mendengar masalah anda. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

9. Lelaki yang setia pastinya bersikap jujur. Jika anda bercinta dengan lelaki yang jujur dan bersifat terbuka, itu pilihan yang terbaik.

10. Si dia tidak akan berlaku curang dengan anda sekiranya dia benar cinta. Namun, jikalau dia berbuat demikian itu bermakna dia tidak serius dalam perhubungan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen