Bila Bercinta Dengan Lelaki Yang Lebih Muda Ini Memang Rasa Teruja, Tapi Jangan Silap Sampai Lakukan 3 Perkara Ini Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu tak kenal siapa, boleh jadi kita akan berkahwin dengan seseorang yang kita tak jangkakan. Boleh jadi kita akan bersama dengan rakan baik kita, malah boleh jadi juga kita akan berkahwin dengan seseorang yang lebih muda daripada kita.

Walaupun macam mana pun keadaan jodoh kita itu, sudah tentu kita perlu menerimanya dengan hati yang terbuka malah merasakan dia adalah pasangan yang akan melengkapkan hidup kita. Nak-nak lagi kalau pasangan kita ini lebih jauh lebih muda.



Biasanya lelaki tak akan ada masalah untuk menjalinkan hubungan dengan wanita yang lebih muda kerana merasakan itu adalah perkara yang normal, akan tetapi selalunya hubungan yang wanita lebih tua daripada lelaki sudah tentu kurang diterima.

Ada yang beranggapan bahawa lelaki tersebut mahu ambil kesempatan sahaja walaupun sebenarnya kedua-duanya saling menyayangi antara satu sama lain. Dari sini, kita dah boleh nampak ujian pertama yang akan diterima oleh pasangan ini.



Namun, wanita-wanita yang berkahwin dengan pasangan lebih muda seharusnya lebih bijak untuk kendalikan hubungan. Apa yang anda perlu lakukan adalah…

1. Jangan melayani mereka ini seperti orang yang lebih muda dari anda.

Umur itu sekadar alasan sahaja, tetapi jangan jadikan ia asbab untuk anda mengawal mereka. Walaupun mereka ini masih muda, tetapi mereka tetap akan menjadi ketua keluarga buat anda. Jangan cuba untuk mengawal tetapi membiarkan dirinya yang mengawal hubungan tersebut dengan baik.

Biasanya bila kita yang cuba untuk mengawal hubungan, pasangan akan menjadi lebih rimas dan terikat.

2. Lebih berani.

Biasanya lelaki yang memilih wanita yang beza umur dengan mereka ini adalah seorang yang berani. Jadi anda juga perlu sama-sama berani sepertinya agar hubungan tersebut boleh berjalan dengan lancar. Barulah sama-sama akan memperkuat dan mempertahankan hubungan yang terbina.

Tunjukkan kepadanya bahawa anda mampu mengikutnya melakukan sesuatu yang berjiwa muda seperti mengikuti melakukan sukan ekstrem yang mereka sukai.



3. Biarkan mereka yang membelanja anda.

Ramai orang menganggap bahawa pasangan muda ini mempunyai masalah kewangan, tetapi jangan anda memandang mereka seperti itu. Jangan anda mendahului wang anda dalam semua perkara, nanti dirinya akan terasa hati. Biarkan dia yang mendahului wangnya, tapi lagi elok kalau kalian miliki perbincangan yang baik dalam kewangan masing-masing.

Jangan rasa tidak yakin diri apabila bersama dengan lelaki yang lebih muda ini, kadang kala mereka ini lebih matang berbanding lelaki yang seusia kita. Apa-apa pun, cara kita mengenadalikan hubungan itu lebih penting.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen