Nak Handle Pasangan Yang Susah Mengalah Ni Memang Boleh Buat Sakit Hati, Tapi Kalau Nak Terus Bermasam Muka Takut Rindu Pula. Apa Kata Guna Cara Ini Nak Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam hubungan, pertengkaran dan perselisihan faham itu memang perkara biasa. Orang kata, kalau tak ada dua perkara ini tak meriahlah hubungan yang terbina itu. Itu belum lagi jika ia melibatkan perkara-perkara lain. Tapi apa yang berlaku dalam hubungan ia sememangnya perkara yang memperkukuhkan hubungan kalau tahu caranya.

Pasangan kita ini miliki pelbagai ragam yang tak dijangka, paling memeningkan kepala adalah pasangan yang tak mahu mengalah dalam pergaduhan atau perselisihan faham yang berlaku. Walaupun sudah kita tahu bahawa perkara tersebut punca darinya.



Mengapa ada mereka yang tak mahu mengalah ini?

Boleh jadi mereka ini anak tunggal, ada trauma ataupun mereka ini miliki ego yang tinggi. Tapi sebagai pasangan, tak akan kita nak menyerah dahulu sebelum cuba untuk berdepan dengan pasangan seperti ini.

Buat mereka yang ada masalah dengan pasangan sukar mengalah, cuba ikut tips ini.

1. Jangan mengalah dan jangan menyalahkan.

Kalau anda sudah mula mengalah maka, anda akan selama-lamanya akan menjadi orang yang mengalah dengan pasangan. Bukan tak boleh, boleh je cuma takut nanti anda akan rasa tertekan. Tapi pada masa yang sama jangan salahkan pasangan anda. Kalau anda menyalahkan dirinya, makin keruh jadinya.

Walaupun sudah terang-terang salahnya, jangan cuba untuk menyalahkannya semula kerana ia akan mengeruhkan lagi.

2. Jangan hanya berdiam diri.

Pergaduhan ini sememangnya akan menimbulkan rasa janggal dan rasa negatif, walaupun ada yang lebih suka mendiamkan diri apabila berlakunya pergaduhan tapi itu tak bermakna anda hanya perlu mendiamkan diri dalam hal ini.

Sekali skala cuba untuk menyuarakan pandangan dan teguran tapi masih menggunakan bahasa yang tidak akan membuat pasangan tersinggung. Kalau anda hanya mendiamkan diri, nanti dikatanya itu salah anda.

3. Guna kata-kata yang positif.

Jangan mudah nak luahkan kata-kata negatif, tapi sebaliknya kerap gunakan kata-kata positif yang mungkin sedap didengar oleh pasangan malah membantu membuat pasangan untuk mengalah. Macam kata-kata yang anda menghargai setiap pengorbanannya, sudah tentu dia akan tersentuh.

4. Fahami sebabnya.

Anda pun bila berlaku sesuatu perkara yang mudah sangat nak melenting, cuba untuk fahami dahulu apa sebabnya. Mungkin pasangan anda ada sebab yang tersendiri dalam perkara tersebut. Kalau anda melenting, dia akan mempertahankan dirinya dengan lebih kuat lagi. Nanti ia akan menjadi semakin rumit.

5. Luahkan perasaan anda.

Beritahu dirinya apa yang anda rasakan, tapi jangan bagi sebab mengapa anda betul. Lebih baik kalau anda katakan apa yang ada dalam hati anda tapi pada masa yang sama kekalkan keadaan tersebut. Bukan tertumpu pada andalah kiranya. Macam win-win situasi.

Kadang kala pasangan yang sukar mengalah dan suka mempertahankan diri mereka ini adalah pasangan yang sengaja menguji kesabaran kekasih hatinya. Mana tahu ia sekadar ujian sahaja, kalau tinggalkan menyesal lah nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen