Orang Tua Kata, 5 Tahun Pertama Alam Perkahwinan Ini Bukan Satu Perkara Yang Mudah. Masa Inilah Baru Kita Nak Kenal Siapa Sebenarnya Pasangan Kita Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum halal kita akan melalui dugaan bertunang yang mungkin membuat kita hilang pertimbangan. Kita ingat selepas menjadi yang halal tak akan ada ujian atau cabaran, maka inilah peluang kita untuk hidup bahagia bersama insan yang kita pilih sebagai pasangan hidup.

Tapi rupa-rupanya, cabaran terus menerus akan mengejar kita untuk membantu kita terus ingat kepada Allah serta memperkukuhkan hati dan sayang kita pada seseorang itu. Kalau tak ada ujian dan cabaran dalam perkahwinan, hubungan tak akan jadi mencabar dan menarik tapi ia akan menjadi hambar dan memboringkan.


Jadi tak salah kalau sekali skala ujian dan cabaran datang mencuit. Nak-nak lagi pada 5 tahun pertama perkahwinan. Orang tua kata masa inilah sangat mencabar kerana kita sebenarnya belum kenal pasangan kita lagi.


Walaupun telah bertahun kita bercinta dengannya, ataupun berbulan kita bertunang dengannya itu masih belum menjamin perkenalan yang mendalam selagi tidak tidur sebantal. Bila dah sebatal baru tahu pasangan kita ini tidur berdengkur, kentut bersepah. Masa ini tahan ke tak tahan kenalah terima.




Itu belum lagi bab kewangan. Mana tidaknya duit telah habis dibelanjakan untuk majlis kahwin. Itu yang membuatkan nak mulakan hidup bersama agak payah pada permulaannya. Tapi kalau masing-masing bijak dalam mengatur kewangan sudah tentu perkara ini bukan masalah utama.


Selain itu juga, baru-baru berkahwin ini masing-masing mempunyai peraturan yang tersendiri. Yelah masing-masing tak tahu nak ikut siapa punya peraturan lagi bukan. Ini baru kali pertama duduk bersama, malah ini juga baru kali pertama tahu bahawa pasangan kita macam itu.




Itu belum lagi termasuk dengan suami kena bertolak ansur dengan isteri pasal tanggungjawab dan tugas-tugas rumah. Mana boleh nak biarkan isteri buat seorang diri, kalau mula-mula kahwin ini memang tak ada masalah tapi nanti kalau dah lama-lama ditambah dengan ada anak, mahu meletup isteri itu nanti. Jadi masa awal-awal ini rajinkan diri untuk hulurkan bantuan kepada isteri.


Mungkin ada yang anggap ini perkara biasa je dalam perkahwinan, tapi ia akan menjadi duri dalam daging kalau dibiarkan sejak dari mula Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, adalah lebih baik kalau dicegah sejak awal lagi, terutama pada tahun pertama perkahwinan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen