Jangan Mudah Tuding Jari Pada Dosa Isteri, Sedangkan Suami Juga Ada Dosa Yang Tidak Disedari. Ini 10 Dosa Suami Pada Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang suami, kita kadang kala begitu mudah menuding jari terhadap isteri apabila sesuatu berlaku dalam rumahtangga. Setiap salah dan kelakuan yang tidak seharusnya berlaku sudah tentu akan ditolak pada isteri, sedangkan tanpa kita lihat ia sebenarnya datang dari diri kita.

Nak-nak lagi dengan ego seorang lelaki, sudah tentu akan tercabar sekiranya kita mengakui itu salah kita. Nak mengaku bahawa kita tak jalani tanggungjawab dengan baik, malah merasakan bahawa kita ini keluarga yang sentiasa melakukan hal yang terbaik untuk keluarga.



Tapi kita tak sangka, apa yang kita lakukan pada keluarga kita itu hanya menambahkan dosa pada diri kita sendiri. Kadang kita suami ini hanya mahu menuntut hak sahaja tanpa mempedulikan tanggungjawab sebenar seorang suami.

Jangan malu nak mengaku salah sekiranya kita berbuat salah, mengaku dan memperbaiki bersama-sama pasangan itu sebenarnya lebih baik berbanding hanya mementingkan diri sahaja. Ini adalah 10 perbuatan yang berdosa selalu suami lakukan tanpa sedar.

10 dosa suami pada isteri.

1. Tidak mengajar ilmu agama pada isteri dan anak-anak.

Membimbing dan mendidik isteri serta anak-anak menuju ke jalan yang diredhai Allah itu adalah salah satu tanggungjawab seorang suami. Ramai suami yang tidak nampak akan tanggungjawab perkara ini.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah SWT terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan,” (QS. At-Tahrim:6)

Tidak kiralah kira mengajar sendiri atau meminta bantuan dari orang lain untuk membimbang keluarga serta anak-anak kita mengenai ilmu agama ini, tapi itu merupakan salah satu tanggungjawab seorang suami.



2. Tiada perasaan cemburu terhadap isteri.

Lagi seronok apabila isterinya tidak mentutup aurat dengan sempurna, malah bangga akan kecantikan isterinya. Bahkan rasa bangga apabila mata-mata lelaki lain melihat kecantikan isterinya yang sepatutnya hanya untuk suaminya sahaja.

Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah lelaki yang tidak ada perasaan cemburu terhadap keluarga dan isterinya.

“Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang durhaka kepada orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts,” (H.R. An-Nasa’I dinilai ‘hasan’ oleh Syeikh Albani, lihat ash- Shahihah: 674).

3. Tak beri nafkah kepada isteri.

Bab-bab culas membayar nafkah ini sememangnya begitu banyak terjadi pasa masa ini. Sedangkan nafkah ini adalah tanggungjawab yang paling utama malah ia sangat dituntut.

Rasululluah saw bersabda: “Seseorang cukup dipandang berdosa bila ia mengabaikan nafkah (perbelanjaan) orang yang menjadi tanggungjawabnya,” – HR. Abu Dawud

4. Biarkan isteri berkerja dan menanggung kelurga.


Sekarang ini memang perkara biasa melihat isteri turut membantu mencari nafkah dalam keluarga, tapi itu bukan bermakna suami boleh lepas sahaja tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Isteri hanya membantu tetapi suaminya sepatutnya menguruskan segala makan minum keluarga.

“Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita” – HR. Bukhari.




5. Benci pada isteri sendiri.

Ada suami membenci isterinya sendiri. Rasulullah saw telah mengingatkan bahawa;

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredahi akhlak lain darinya,” – HR. Muslim.

6. Tidak membantu isteri melakukan kerja rumah.

Ramai suami yang menganggap bahawa kerja-kerja rumah itu adalah tugas seorang isteri sepenuhnya. Malah ia juga sudah seperti adat atau satu kebiasaan oleh kaum lelaki. Rasulullah saw sendiri sering membantu isterinya termasuk dalam urus rumahtangga.

“Rasulullah saw membantu perkerjaan isterinya dan jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat,” -HR. Bukhari.

7. Menjaja aib isteri kepada rakan-rakan.

Bukan isteri sahaja yang terdedah berkongsi aib pasangan kepada orang ramai, suami juga begitu juga. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku, sedangkan ia boleh berbincang demi kebaikan bersama.

“Sesungguhnya di antara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya,” -HR. Muslim



8. Berpoligami tapi tidak adil.


Sesiapa sahaja pasti ingin berpoligami jika mempunyai peluang, kononnya mengikut sunnah nabi. Namun tidak ramai yang mampu mengikut cara Nabi saw lakukan dalam berpoligami.

“Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang saja,” -QS An-Nisa

9. Suka memukul isteri dan memperlekehkannya.

Seorang suami adalah pelindung buat isterinya. Jika pun isteri itu melakukan salah atau silap sudah tentu ada cara yang betul dalam mendidik dan membimbangnya. Memukul isteri itu bukan satu jalan yang betul.

“Hendaklah engaku memberinya makan jika engaku makan, memberinya pakaian jika engaku berpakaian, tidak memukul wajah, tidak memperlekehkannya” – HR. Ibnu Majah.

10. Sangat baik dengan orang lain tetapi sebaliknya pada isteri sendiri.

Yang paling berhak menilai seseorang itu baik atau buruk bukanlah orang lain, melainkan isterinya sendiri.

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya,” – HR. At-Tirmidzi.

Kadang jangan hanya menyatakan dosa isteri pada suami sahaja sedangkan banyak lagi dosa suami pada isteri yang tidak diperkatakan. Perkahwinan itu adalah saling melengkapi dan menyempurnakan, bukannya saling menyakiti atau melukakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen