Ada Orang Jadi Surirumah Sebab Pilihan, Tapi Ada Juga Yang Sanggup Berkorban. Jangan Mudah Nak Jatuh Hukum Surirumah Goyang Kaki Masa Dekat Rumah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah nak jadi seorang suri rumah ini, bukan kerja goyang kaki dan menunggu suaminya balik sahaja. Seorang suri rumah kena sentiasa bersedia 24 jam setiap hari malah, jika dirinya tidak sihat sekalipun, dia tetap perlu melakukan tugasnya dengan sempurna.

Bukan mereka tak cemburu melihat rakan-rakan mereka yang lain berkerja. Yang mana mampu ke sana sini dengan bebasnya malah mampu berpakaian cantik. Tapi apa yang mereka pegang adalah tugas mereka ini lebih murni berbanding berada di tempat kerja.



Bukan suami je yang pandang rendah akan tugas seorang suri rumah, orang sekeliling juga akan berkata belakang akan perkara ini. Cuba bayangkan kalau isteri tak jadi suri rumah, bagaimana keadaan keluarga kita pada ketika ini.

Seperti nukilan ini, bukan emas permata yang diinginkan tetapi sekadar ucapan terima kasih yang menghargai setiap perbuatan.

Suri Rumah Je ke...?

Ala, dia suri rumah rumah je. Bukan kerja pun macam orang lain. Duduk rumah, kan takda kerja nak buat.

Pernah dengar tak orang cakap macam ni? Kalau dari mulut suami. Terkesan pula rasanya.

Suri suri sekalian mesti ada yang pernah dengar kan? Nak marah, macam takda guna kalau kita sendiri tak bagi rasa. Cuba kalau sehari si suri keluar bekerja, tinggalkan suami di rumah, baru tahu agaknya rasa hura hara.



Buat suami tercinta,


Tahukah suami bahawa dirumah inilah semuanya terbina. Rahim si suri inilah terbitnya zuriat. 9 bulan tanpa mengeluh rasa penat.

Kedua tangan si suri mengerah kudrat. Pastinya untuk mengemas, mencuci dan mengurus keperluan yang lain perlu dibuat.

Tak lupa juga tanggungjawab utama, dari dua tangan si suri inilah yang mendidik dan membesarkan anak-anak menjadi soleh lagi berguna.

Ya, betul. Tulang empat kerat suami juga mengerah kudrat dan keluar mencari rezeki buat anak dan isteri, terima kasih wahai suami. Jasamu sentiasa di hati.

Sesungguhnya Si suri tak perlu apa, bukan cincin berlian emas permata, cukuplah cuma ucapan terima kasih dan penghargaan kata tolong ketika meminta. Atau sekadar senyuman manis ketika pulang kerja. Mungkin sudah cukup menghilangkan penat di dada.

Percayalah suami, si suri itu penambah rezeki, buat pengikat hati, penghibur dikala runsing dan sangsi, cukuplah menjaga hati walau seinci, sudah pasti si suri rasa begitu dihargai.

P/s: buat si suami, suri ini mudah terguris hatinya. Jadi, hargailah suri anda.. Gembirakan dia,insyaallah rumahtangga lebih bahagia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen