5 Fakta Penting Sebelum Kahwin Dengan Orang Utara!

Bila bab mencari pasangan ni, masing-masing ada ‘selera’ tersendiri. Ada yang inginkan pasangan yang lemah lembut dan cakap dengan penuh budi bahasa. Tapi, macam-mana kalau anda berkahwin dengan orang utara? Bahasa, cara percakapan sudah tentu berbeza mengikut negeri. Ada sesetengah orang rasa agak janggal dan susah nk terima budaya baru di tempat lain dan pasti pelbagai andaian negatif yang akan ‘bersarang’ di fikiran. Seorang wanita dari pantai timur ini kongsikan kisah menarik perkahwinannya bersama lelaki yang berasal dari Utara.



1. Orang utara ni cakap kasar, tapi kelakar.

“Bekeng. Muka Cengey.”

Orang Utara. Aku tak tahu nak describe apa tentang depa. Depa cakap menengking-nengking. Bekeng pun ya. Muka cengey. Cakap main lepas selalunya. Kasar Tapi Kelakar!



2. Orang utara memang cakap kasar tapi itu cara mereka.

Masa mula-mula aku kahwin dengan lelaki utara, tiap malam aku menangis.

“Kenapa marah saya?”
“Laa. Mana ada maghah. Kami memang cakap lagi ni dari kecik lagi.”
“Tipu! Tak percaya! Bye.”

3. Bila diorang cakap je macam tengah marah.

Eh dia marah aku ke ni? Pastu tunduk muka merajuk.

“Awat diam?”
“Entah. Saya rasa seperti dimarahi”
“Laa. Mana duk ada. Oghang dak maghah. Takyah duk buat bebai la. Pi makan nasi nu. Makan perabih buang. Tak abih makan jangan harap boleh tengok TV”

Kadang terfikir jugak, yeke ni style depa bercakap?



4. Jenis cakap kuat.

Kadang makan hati tau dengan volume suara depa. Tapi aku jadi sunyi bila dia tak ada dekat rumah. Suara-suara dialah yang selalu memenuhi segenap inci ruang rumah.

5. Orang utara cakap je kasar tapi baik hati & peramah.

Lepas bertahun duduk sebumbung dengan orang Utara, baru la aku tahu macam-mana. Dejei, pelaq, anak haram takyah cakap la memang akan keluar tiap kali melawak.

“Perbezaan dialek kadangkala boleh buat orang jadi gaduh. Kami jenis cakap kasaq, awak orang Kelantan saya akui cara awak berlenggok gelemai macam orang siam kat Pattani. Tapi awk kena faham budaya kami. Kami tak marah, kami sedang bercakap.”


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen