Tak Payah Main Tolak-Tolak Bab Kerja Rumah Ni, Apa Kata Sama-Sama Buat Kan Cepat Siap.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila sebut je tanggungjawab menguruskan rumah seperti urus anak, memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain terus je masing-masing kata itu tugas suami, bahkan yang lelaki pula akan kata itu tugas isteri.

Kalau nak bau syurga isteri kena buat, yang isteri pula kalau suami bertanggungjawab kena buat tugas-tugas ini. Haa. Masing-masing tak nak mengalah bab ini.



Ramai yang tak tahu bahawa kerja rumah itu adalah tugas suami. Jika isteri yang buat, itu ehsannya pada suaminya. Suami boleh suruh tapi tak boleh marah isteri kalau isteri tak nak buat. Tapi selalunya isteri akan buat walaupun suami tak suruh kerana isteri sejak dulu lagi telah diterapkan dengan kerja-kerja rumah ini.

Apa yang kita fahami dan lihat masa ini adalah adat dalam masyarakat kita, di mana kita lihat mak-mak kita ini sibuk uruskan makan pakai ayah kita, malah setiap kerja rumah pun ayah kita tak pernah tolong. Kita namapk itu, maka kita ikut yang itu dan menyatakan bahawa tugas ini semua tugas orang perempuan.



Lakukan bersama

Tapi cuba kalau difikirkan semula. Kita ini sibuk nak perjuangkan siapa yang kena lakukan tugas ini. Bukankah lagi elok kalau antara suami isteri sama-sama melakukan tugas tersebut?

Jika diikutkan kisah Rasulullah saw sekalipun, beliau akan membantu isterinya melakukan tugas-tugas rumah. Jadi apa yang dapat disimpulkan? Sama-sama melakukan tugas bukan?

Bukannya sorang goyang kaki, sorang lagi buat semua tugas. Itu yang kita tak nampak sebenarnya. Dari kita tolak sana, tolak sini, apa kata kita sama-sama berganding bahu siapkan segala kerja rumah. Lagi cepat kita buat lagi cepat ia siap.



Buat jadual bertugas

Kalau susah-susah sangat, apa kata kalau bahagi tugas ikut jadual. Suami buang sampah dan jaga anak, isteri pula memasak dan membasuh. Lepas itu suami lipat baju, isteri pula mengemas. Haa… kan cepat siap itu. Bila semua dah siap bolehlah luangkan masa bersama.

Kalau asyik berdebat akan perkara ini sampai bila pun tak habis, baik cari jalan penyelesaian bersama. Kalau tak biasa lakukan kerja rumah, belajar sikit-sikit bukannya ikutkan apa orang sekeliling katakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen