Terlambat... Secebis ‘Maaf’ Tak Kan Mengubah Apa-Apa Antara Kita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Maaf takkan dapat ubatkan hati ini yang pernah kau tikam di saat aku memberikan segelanya.

Maaf takkan dapat undurkan masa kita yang kau sia-siakan di saat aku sedaya upaya menyelamatkan hubungan kita.

Maaf takkan dapat balut semua luka berdarah yang kau tinggalkan waktu kau bahagia bersama si dia sedang aku sendirian ditemani air mata.



Maaf takkan dapat ubah keputusan aku untuk pergi jauh dari hidupmu buat selamanya.

Benar aku gembira apabila kau mula sedar kesilapan yang kau cetuskan selama ini.

Aku tersenyum apabila kau mengakui betapa kejamnya sikapmu diwaktu aku terbuang di hadapan insan yang dulu aku panggil sayang.



Namun semuanya sudah terlambat, sudah lama aku memendam, sudah lama aku bersabar, memujuk hati bahawa akan ada sinar bahagia untuk kita suatu hari nanti.

Kini kau kembali setelah senasib denganku dulu? Kini kau kembali apabila si dia sudah tidak inginkanmu?

Maaf… Aku akan mulakan hidup baru.. Tanpamu…

Kini hidup kau dengan cara kau, hidup aku dengan cara aku…

Jangan pernah mengungkit kenangan lalu, aku kini ada hidup aku sendiri.

Siapa pun dia selepas kau, sudah tentu adalah lebih baik dari kau…

Aku yakin aku mampu jumpa yang lebih baik dari kau yang pernah ku kenali….

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen