Kejap Rasa Nak, Kejap Rasa Tak Nak. Eh, Kita Ini Nak Kahwin Atau Tidak? Ini Kenapa Kita Selalu Ragu Dalam Membuat Keputusan Nak Berkahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila tengok rakan-rakan sudah memiliki keluarga sendiri tentu sahaja akan terdetik dihati untuk mendirikan rumahtangga juga, tapi kadang bila lihat rakan-rakan yang masih single rasa tak nak kahwin pula. Diri sendiri pun masih tak tahu apa nak sebenarnya.

Itu belum lagi yang, sudah elok-elok ada orang nak, tolak pula. Dah ada yang ajak kahwin tapi kita pula yang tak mahu. Macam-macam ragam kalau tengok orang bujang sekarang ini. Ada yang terburu-buru nak kahwin, tapi ada juga yang main teka teki bab kahwin.

Bab-bab kahwin ini memang kita tak boleh buat main-main, kena betul-betul diri bersedia nak piul tanggungjawab malah nak pastikan bahawa pasangan juga serius akan perkahwinan.



Kalau terus berteka teki nak kahwin atau tidak, mungkin tak akan dapat jawapannya, tapi sebenarnya anda hanya risaukan akan 5 perkara ini.

1. Rasa single lebih selesa.

Sebabnya anda tengok rakan-rakan ada yang sudah ada pasangan serta miliki keluarga sendiri sibuk dengan dunia mereka sehingga tak ada untuk masa sendiri. Kalau nak balik kampung kena ganti-ganti, tak boleh nak balik kampung anda sahaja. Malah, waktu tidur juga lebih lena dan panjang kerana tak perlu nak fikirkan tanggungjawab malah hanya fikirkan diri sendiri sahaja.

Tapi sebenarnya anda selesa pada waktu sekarang bukan akan datang. Pasangan kita itu untuk selamanya di sisi bukan untuk waktu yang terhad.



2. Trauma dengan penceraian ibu ayah.

Kesan trauma ini sememangnya tersangat mendalam buat diri seseorang. Anda tidak yakin bahawa perkahwinan yang dibina itu akan menjamin satu perkara yang berkekalan. Malah anda risau kalau-kalau perkahwinan anda akan berakhir macam hubungan ibu bapa anda.

Jangan risau, setiap orang sudah tentu mempunyai kebahagiaan sendiri, tak salah untuk mencuba.

3. Tak bersedia sepenuh hati.

Ini adalah perkara utama yang anda rasakan. Rasa tak bersedia nak pikul tanggungjawab adalah sebab kenapa orang memilih untuk tidak berkahwin lagi. Kalau ada merasakan nak tunggu miliki kerja yang tetap, nak ada rumah dulu serta kewangan yang stabil itu mungkin akan ambil masa.

Kalau tak lalui sampai bila pun anda tak akan bersedia. Jadi cuba kahwin dulu, barulah tahu.



4. Merasakan kerjaya sudah mencukupi.

Ada orang rasa mereka sudah mencukupi dengan kerjaya yang ada. Bahkan kalau ada pasangan yang tidak menyokongnya dalam kerjaya yang dibina itu akan menjadi kesukaran. Malah ada juga kerjaya yang mungkin tidak mempunyai waktu buat pasangan. Sebab itu ramai pilih untuk tak kahwin lagi.

Kalau anda berdepan dengan masalah ini, cuba untuk cari pasangan yang memahami kerjaya anda, kan senang.

5. Tak ada calon.

Masalah calon ini adalah perkara yang paling sukar untuk ditangani. Kadang kala bila dah bersedia nak kahwin tapi calon pula tak ada. Jadi buat anda yang masih ragu-ragu nak kahwin atau tidak, lebih baik kalau sediakan calon dahulu baru boleh fikir nak kahwin bila.

Ini adalah perkara biasa yang dihadapi mereka yang bujang, jangan takut untuk melalui alam perkahwinan kerana hidup anda pasti akan berubah serta merta malah merasakan kebahagiaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen