"Bagaimana Saya Nak Kahwin, Kalau Jodoh Pun Tiada..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila ditanya bila nak kahwin, bila nak kahwin ini kadang boleh timbul kemarahan juga. Balik kampung mak tanya bila nak kahwin, jumpa saudara mara tanya lagi, jumpa kawan-kawan punya tanya juga. Kalau boleh semua orang yang kenal, semua akan tanya betul tak?

“Bila nak kahwin?”

“Eh dah 29 kan, tak kahwin lagi.”

“Kau masih single lagi ke?”

Siapa je yang bila ditanya itu tidak mahu kahwin? Sudah tentu semua orang ingin berkahwin. Sebab itu kan fitrah kita sebagai manusia. Tapi itulah nak kahwin macam mana kalau calon tak ada.



Tak semua orang bertuah dalam menjalani perhubungan. Ada orang itu dia sangat bertuah kerana mampu memiliki jodoh ketika usia muda, ada juga yang bertuah bila jumpa pada tepat masanya.

Tapi adakah yang masih tidak berjumpa jodoh ini bukan dikalangan mereka yang bertuah? Sudah tentu bukan, mereka ini juga orang-orang yang bertuah sebabnya mempunyai kesempatan untuk perbaiki diri, serta membalas jasa ibu bapa.



Kita bukan tak nak kahwin, tapi kita tak ada calon. Jadi nak buat macam mana? Ini caranya.

1. Usaha sendiri.

Yang paling mudah sebenarnya kalau usaha sendiri ini. Sebabnya kitab oleh terus kenal hati budi masing-masing tanpa guna orang tengah. Tak tahu mana nak usaha? Sekarang ini melambak cara mencari jodoh atas talian, segalanya boleh dilakukan diatas talian. Tak percaya? Rasanya ramai pasangan yang berjaya atas bantuan ini. Sebab itu kita perlukan usaha dalam perkara ini.

2. Minta mak ayah carikan.

Kalau mak ayah kita pun dah mula bising sebab kita tak kahwin-kahwin lagi, minta bantuan mereka untuk kenal dengan seseorang yang baru. Siapa yang berkenan di mata mereka, maka kita pun kenalah berlapang dada untuk menerima pilihan mak ayah.

Walaupun cara ini paling ketinggalan, tapi ini paling mudah nak dapat restu ibu bapa kita. Maka jalan nak bahagia untuk senang.

3. Minta bantuan dari orang yang bertanya.

Kalau orang yang bertanya itu bimbang tengok kita ini tak kahwin-kahwin, apa kata minta bantuan darinya. Minta untuk dirinya kenalkan kita dengan anak saudaranya, jirannya ataupun rakan-rakannya. Dari kita marah dia sebab banyak tanya pasal jodoh kita, baik minta bantuannya terus. Kan lagi mudah.



4. Berdoa.

Jangan lupa untuk memohon pada Allah agar dikurniakan seorang pasangan dengan segera.

“Ya Allah, pertemukanlah aku dengan jodohku yang baik, soleh dan solehah dengan segera.”

Setiap hari selepas solat sentiasa berdoa. Cepat atau lambat Allah pasti akan tunaikan permintaan kita, sebab kita tak pernah jemu meminta kepadanya.

Kalau nak kahwin tapi taka da jodoh, maka inilah caranya. Cuma kita ini nak ke tak nak sahaja. Ini semua adalah usaha kita untuk berjumpa dengan jodoh kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen