Bakal Pengantin Kalau Ada Masalah Lebam Bawah Mata Sebab Sibuk Sediakan Persiapan, Cuba Cara Ini Untuk Pulih Kembali.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wajah nampak tak bermaya kalau ada masalah lebam bawah mata ini. Ia kelihatan seperti orang yang mengantuk ataupun tidak cukup tidur, walaupun orang tersebut telah mendapatkan rehat yang cukup. Kalau nak tutup dengan makeup pun kena pastikan makeup tersebut tebal, tapi tak akan hari-hari nak bermakeup tebal pula.

Tidak hanya itu sahaja, kadang lebam bawah mata ini buat muka kita kehilangan seri dan sinar wajah yang penuh keyakinan.

Sedih kan bila tengok bawah mata makin hitam, sekali pandang dah macam panda dah. Perkara ini berlaku kerana mata kita sering dipaksa untuk bekerja, dan disebabkan itu, corak kulit bawah mata akan kebiruan atau bertambah gelap kerana berlakunya pertumbuhan darah.



Semakin banyak darah dibahagian bawah mata, semakin gelaplah kulit bahagian bawah mata berbanding kulit wajah yang lain. Ada beberapa sebab lain kenapa anda mempunyai masalah lebam bawah mata ini.

Antaranya;

1. Faktor Keturunan

Kebarangkalian anda mengalami lebam bawah mata adalah kerana faktor keturunan. Bentuk lebam bawah mata bagi setiap individu bergantung. Jika faktor keturunan kebiasannya ahli keluarga atau saudara terdekat juga boleh mengalaminya.

2. Faktor Keletihan

Kebanyakkan lebam bawah mata adalah kerana faktor keletihan. Faktor ini terjadi akibat kekurangan tidur, mungkin kerana sibuk dengan kerja yang banyak.

3. Faktor Kekurangan Zat Besi

Bagi wanita di masa kehamilan, kulit wajah anda akan menjadi lebih pucat kerana kekurangan zat besi. Dalam hal ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas kelihatan . Pastikan anda mengambil pemakanan yang boleh menampung kesihatan badan anda.



Macam mana nak atasi masalah lebam bawah mata ini?

• Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.

• Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

• Kupas serta bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

• Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.

• Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.

• Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.

• Minum air kosong yang mencukupi. Air kosong sangat baik untuk kulit kita.

• Jangan tinggal sayur warna hijau ketika makan. Sayuran hijau kaya dengan antioksidan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen