Jodoh Jika Wajah Mirip?

Oleh: Rafi

Pepatah dari Indonesia ada mengatakan – “kalau jodoh, mukanya mirip” yang membawa maksud yang kita selalunya akan bertemu jodoh dengan orang yang ada iras dengan kita. Malah, penyelidikan saintifik juga telah membuktikan bahawa pasangan yang telah lama hidup bersama akan mula menyerupai wajah pasangan mereka. Berdasarkan pemerhatian ini, seorang jurugambar dari Indonesia Christina Phan atau Yaya telah mencipta siri foto yang telah dipamerkan dalam pameran solo pertama beliau yang dipanggil ” Eksposisi Satu,” di Galeri Seni Halus Marsio di Menteng.



Menurut Yaya, beliau berasa tertarik melihat bagaimana setiap ahli keluarga boleh mempunyai mulut yang berbentuk sama atau bagaimana pergerakan seorang anak dan ibunya boleh menjadi sama. Yaya turut menambah yang apabila mencari cinta, seseorang itu akan mencari yang mempunyai persamaan dengan diri mereka, yang mereka rasa serasi dengan mereka. Kajian saintifik juga turut menyokong bahawa terdapat proses penyesuaian di antara pasangan yang dicerminkan melalui wajah mereka.



Dalam pameran beliau, Yaya telah mengambil potret wajah 26 pasangan, kemudian beliau menggabungkan separuh wajah pasangan dengan pasangan mereka sendiri menjadi 1 montaj. Hasil yang didapati sangat mengejutkan, dalam beberapa kes, gabungan wajah yang dihasilkan begitu seiras sekali sehingga rasa sukar untuk dipercayai. Pastinya terdapat perbezaan dari segi ciri-ciri wajah seperti wajah lelaki mungkin sedikit keras dan kening perempuan lebih terbentuk, namun bila diteliti pandangan mata kedua-duanya, penjelasannya adalah – ini adalah soulmates.

Tambah menarik lagi, apabila pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang berlainan bangsa turut mengalami fenomena yang sama. Seorang lelaki Indonesia dan isterinya yang berasal dari Perancis mempunyai hidung, rahang dan gigi yang sama. Yaya turut menyatakan bahawa ketika beliau melaksanakan projek tersebut, persamaan wajah pasangan yang digabungkan begitu menakjubkan sehingga mengejutkan beliau. Beliau berharap bahawa projek ini akan akan menjadi refleksi yang baik kepada pasangan-pasangan ini untuk lebih memahami konsep ‘soulmates. Keputusan projek-projek ini juga turut sama mengejutkan pasangan-pasangan yang dieksperimentasi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen