Bakal Pengantin, Elakkan Masalah Rambut Berbau. Takut Nanti Suami Terkejut Dengan Bau Rambut Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah rambut berbau bukan satu perkara yang mudah untuk diatasi terutama jika kita ini memakai tudung. Ini kerana, rambut yang tertutup dan kurang mendapat udara akan menyebabkan rambut mudah berbau. Tapi itu bukan bermakna tidak perlu pakai tudung.

Ada yang berpendapat kalau bertudung boleh mencegah penyakit sakit kepala. Rambut ini mahkota wanita memiliki rambut yang sihat dan cantik sememangnya menjadi idaman wanita dari dulu sehingga kini. Nak-nak lagi kalau suami kita tidak perah melihat rambut kita, sudah tentu kita ingin suami terpergun melihatnya buat kali pertama, itu belum ditambah dengan bau yang menyenangkan.

Namun kalau kita ada masalah rambut berbau, tentu sukar nak buat suami kita senang dengan bau rambut kita, sedangkan kita juga rasa tak selesa.

Wanita bertudung tidak akan pernah terlepas dari mengalami masala rambut seperti rambut kering, berlelemumur, rambut berminyak dan paling teruk rambut yang berbau. Menurut Yohan Christian merupakan seorang Pengurus Pemasaran bahagian Konsumer Makarizo, masalah rambut berbau hanya disebabkan oleh dua faktor di dalam mahupun di luar.



Jika ia membabitkan faktor luaran, rambut berbau boleh berpunca dari terdedah dengan asap kenderaan, peluh, pencemaran udara, tidak membasuh rambut semasa mandi ataupun disebabkan bau makanan semasa berada di gerai makanan. Mungkin anda pernah mengalami perkara yang disebut bukan semasa melakukan aktiviti di luar.

Sekiranya ia wujud dari faktor dalaman, ia mungkin disebabkan oleh kelenjar minyak yang berlebihan dari kulit kepala. Sekiranya kelenjar minyak bergabung dengan kuman pada kulit kepala, sudah pasti ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan atau berbau busuk dan masam. Pada masa yang sama, terlalu tertekan juga boleh menjadi salah satu punca rambut berbau.



Mari kita semak bagaimanakah cara bagi mengatasi masalah rambut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan yang selalu anda rasai setiap hari.

1. Kekalkan tahap kesihatan rambut

Jika rambut mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, itu bermakna rambut anda dalam keadaan yang kotor. Sebaiknya anda harus membersihkan rambut anda dengan baik dan lebih sempurna. Di samping itu, pemilihan syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut juga sangat penting.

2. Guna perapi untuk mewangikan rambut

Jika anda sudah melakukan perkara di atas dengan teliti, tetapi masih mengeluarkan bau yang sama atau tidak hilang baunya, anda masih mempunyai cara yang kedua seperti menggunakan perapi rambut yang wangi. Pilih jenis perapi rambut yang bersesuaian dengan jenis rambut anda.



3. Mengatasi rambut berminyak

Kemungkinan besar, punca rambut yang berbau adalah disebabkan oleh pengeluaran minyak secara berlebihan dari kulit kepala. Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah mencari jalan bagi mengatasi maslaah rambut yang berminyak. Anda boleh saja memilih produk khas untuk kegunaan rambut berminyak dari bahan semulajadi.

4. Persekitaran yang bersih

Apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran yang bersih adalah seperti menyentuh kulit kepala menggunakan tangan ataupun sesuatu objek. Contohnya seperti bantal, kain tudung, selendang ataupun topi keledar. Pejagaan rapi tentang objek-objek tersebut supaya kekal dalam keadaan yang bersih supaya bakteria tidak mudah tersebar ke bahagian rambut. Kerap cuci sarung bantal atau tudung anda sekurang-kurangnya sekali seminggu.



5. Elak rasa tertekan

Tahukah anda, tekanan juga boleh menjadi salah satu sebab mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan pada rambut anda. Bagi mengelak masalah rambut berbau, anda haruslah bijak dalam mengendalikan masalah tekanan dengan baik supaya tidak menjadi lebih parah. Sebaiknya, rawat semua permasalahan ini dengan fikiran yang positif dan lebih terbuka.

Begitulah cara yang udah bagi menjaga rambut supaya kekal wangi dan segar. Jika rambut wangi, tahap keyakinan kita juga semakin meningkat untuk terus bergaul dengan orang sekeliling tanpa dibebani sebarang masalah yang ditakuti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen