"Isteri Saya Tak Pandai Masak" Nampak Macam Nak Bergurau Tapi Rupanya Tersebar Aib Pasangan. Hati-Hati Ramai Yang Tak Perasan Benda Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang sudah tentu mempunyai satu perkara yang ingin diluahkan melalui media sosial, tetapi perlu disedarkan bahawa setiap apa yang ingin diluahkan ini mempunyai had yang tertentu. Jangan sampai kita meluahkan sesuatu yang menyakiti hati orang lain, membahayakan diri kita serta menjaja aib pasangan sendiri.

Jika kita mudah meluahkan segalanya tak mustahil sekiranya banyak perkara mudah diperkatakan, hingga boleh mengeruhkan hubungan sendiri. Kalau diikutkan, ia memudahkan kita dalam mencari ilmu tetapi telah salah digunakan nak-nak lagi berkaitan hubungan suami isteri.



Apa yang terjadi antara kita suami isteri ini sememangnya tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai, nak-nak lagi kalau ianya akan menjatuhkan maruah pasangan kita. Terutama pada masa ini, menjaja aib ini bagaikan satu kebiasaan yang tidak dapat dibendung antara suami isteri.

Kadang bukan menggunakan platform sendiri tetapi menggunakan platform-platform lain yang turut dibantu oleh orang lain. Walaupun nama pengirimnya disembunyikan, tetapi tentu sahaja tuan punya badan mengetahui dengan mudah.

Pada asalnya ia bermula dengan meminta pandangan dan nasihat akan sesuatu perkara tetapi, lama ke lamaan ia berubah menjadi satu perkongsian yang menjatuhkan maruah pasangan sendiri.

Ada beberapa perkara yang menjermus ke arah penyebaran aib pasangan, antaranya;



1. Keluhan mengenai pasangan.

“Suami saya tak rajin nak tolong nak buat kerja rumah.”

“Isteri saya malas mandi.”

“Suami saya tak nak tolong jaga anak.”

Perkara-perkara ini kerap sangat kita baca di mana-mana bukan, tidak kisahlah diruang komen ataupun, dimana-mana perkongsian sudah tentu ada sahaja yang menyatakan perkara ini. Nampak macam biasa-biasa je perkara ini, tetapi sebenarnya memberi kesan kepada hubungan tersebut.

2. Kongsi perkara yang memalukan pasangan.

Mungkin jika sekali lihat ia kelihatan kelakar tetapi sebenarnya ia menjatuhkan maruah pasangan kita. Sebagai contoh;

“Suami lupa flush toilet.”

“Isteri tidur berdengkur.”

Kalau diikutkan ia memang kelakar tapi cuba kita fikir balik kalau pasangan kita baca? Tak ke itu sebenarnya memalukan mereka. Kalau kita letak diri kita di tempat mereka pun tentu sahaja akan berasa malu apabila kelemahan kita menjadi bahan ketawa dan jenaka orang lain.



3. Bandingkan dengan pasangan lain.

“Suami saya jangan haraplah nak buat macam ini.”

“Isteri saya balik rumah tak ada pun buat macam ini.”

Perkara ini kalau tengok macam tiada apa-apa tapi sebenarnya kita sedang membandingkan pasangan kita dengan orang tersebut. Walaupun apa yang kita nyatakan itu adalah satu kenyataan tetapi kalau didalami ia sebenarnya mudah untuk melukakan hati pasangan.

Sekali imbas ia sekadar komen atau sepotong ayat yang tidak memberi kesan kepada kita, tetapi sebenarnya tanpa kita sedar kita sedang menjaja aib pasangan kita. Ramai pasangan suami isteri tak sedar akan perkara ini.

Adalah lebih baik kalau kita tak perlu kongsi atau tag sesuatu itu kepada pasangan kita. Kalau rasa nak pasangan kita baca, terus je direct hantar kepadanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen