25 Doa Mujarab Buat Pengantin Baru (Dan Lama), Cubalah, Insya-Allah Ada Hasilnya.

Oleh: Rafi

DOA itu senjata bagi umat Islam. Malah Al-Quran juga adalah sumber penawar baikdaripada segi zahir mahupun batin. Justeru, sebagai pengantin baru dan menjadi kewajipan bagi suami untuk membimbing isteri dan keluarga mendekatkan diri dengan agama selain menuntut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Berikut adalah sebahagian daripada panduan untuk kalian tekuni dan amalkan sebagai bekalan melayari alam rumahtangga. Semoga sentiasa mendapat keberkatan, insya-Allah.



PANDUAN 1 .

Zikir dan doa lembutkan hati (suami, isteri, anak dan lain-lain).

Zikir Pelembut Hati — Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut.

(1) Ya Aziz (2) Ya Jabbar (2) Ya Mutakabbir

TIPS: Mulakan dengan membaca Al Fatihah sekali kemudian diikuti dengan doa ini.

Maksudnya: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Surah Al-Hasyr Ayat 21).

Baca juga Surah Toha ayat 1 hingga 5

Maksudnya: 1) Taa. Haa 2) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. 4) Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. 5) Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam di atas ‘Arasy.

Kemudian berdoa: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sepertimana Engkau melembutkan bagi Daud akan besi.” Isteri juga boleh membaca doa ini sewaktu suami tidur. Hembuskan di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah SWT lembutkan hatinya.



PANDUAN 2.

Doa pengikat kasih sayang suami isteri.

Maksudnya: “Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuh-Ku dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahan-Ku perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan-Ku."

TIPS: Apabila bersua dengan pasangan, baca ayat ini. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadai sekadar membaca di dalam hati.

PANDUAN 3.

Doa kebahagiaan suami isteri.

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Imran Ayat 31)

PANDUAN 4.

Doa isteri buat suami.

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Penyayang. Jadikanlah suamiku sebagai pemimpin yang baik bagi diriku dan anak-anak kami. Jagalah suamiku di dalam mencari rezeki-Mu dan bawalah dia kembali dengan membawa reda-Mu. Hanya kepada-Mu kami berserah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Amin ya Rabbal ’alamin.”

PANDUAN 5

Doa pengasih buat suami isteri.

Maksudnya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.” (Surah Yusuf Ayat 4)

PANDUAN 6.

Doa mohon jodoh dan keturunan yang baik.

Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” (Surah Al-Anbiya Ayat 89)

PANDUAN 7.

Doa mohon zuriat.

Maksudnya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. Surah Al-Imran Ayat 38



PANDUAN 8.

Doa nabi isa mohon rezeki.

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit yang turunnya akan menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripada-Mu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Mu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.” Surah Al-Maidah Ayat 114

PANDUAN 9.

Doa mohon dimurahkan rezeki .

Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” Surah Asy-Shura Ayat 19

PANDUAN 10 .

Doa mohon rezeki yang luas.

Maksudnya: “Dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

PANDUAN 11.

Doa agar suami dan isteri selalu diberi kemudahan dalam urusan.

Maksudnya: (Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan- kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

PANDUAN 12.

Doa agar pasangan setia dan elakkan suami isteri bergaduh.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai ketenangan). Surah Asy-Syura Ayat 19

PANDUAN 13.

Doa supaya dicukupkan keperluan.

Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”

PANDUAN 14.

Doa sebelum berjimak.

Maksudnya: Dengan nama Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau kurniakan kepada Kami.

PANDUAN 15.

Doa kebahagiaan sekeluarga.

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."

PANDUAN 16 .

Doa agar diri, pasangan dan anak menjaga solat.

Maksudnya: Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Surah Ibrahim Ayat 40

PANDUAN 17.

Doa untuk memperoleh anak yang soleh dan solehah.

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari golongan orang-orang yang soleh. Surah As-Shaffat Ayat 100.

PANDUAN 18.

Doa perlindungan untuk anak.

Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat. Hadis Riwayat Al-Bukhari (3371) 



PANDUAN 19.

Doa menghilangkan perasaan marah.

Maksudnya: Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkan marah hatiku dan selamatkanlah aku dari syaitan.

PANDUAN 20.

Doa memohon ketabahan hati.

Maksudnya: Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang jalut dan tenteranya mereka berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

PANDUAN 21.

Doa elak gangguan jin/syaitan.

Maksudnya: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepada-Mu supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (Surah Al-Mu’minun Ayat 97 dan 98)

PANDUAN 22.

Doa ketika berlaku inzal (klimaks).
Suami menyebut di dalam hati tanpa menggerakkan bibir doa ini ketika hendak berlakunya inzal.

Maksudnya: Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan, seperti mentua, menantu, ipar dan lain lain). Dan adalah Tuhanmu Maha Berkuasa.” Surah Al-Furqan ayat 54

PANDUAN 23.

Doa pendinding sihir.

Maksudnya: Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh) engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatan-Nya dan amatlah berat azab seksa-Nya. (Surah An-Nisa’ Ayat 84)

PANDUAN 24.

Doa pembatal sihir.

Maksudnya: “(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan.”

“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintah-Nya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.” (Surah Yunus Ayat 81 dan 82)

PANDUAN 25.

Doa kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen