Cari Jodoh Sebab Mak Ayah Dah Bising... Ini Tanda Sebenarnya Anda Tak Bersedia Nak Kahwin Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila orang sibuk mencari jodoh, anda masih lagi relax lagi. Bila kawan-kawan mula mendirikan rumahtangga, anda pun masih buat tak kisah lagi. Malah telinga anda juga masih tahan dengan tanya-tanya makcik dan pakcik bawang, kalau macam ini agak-agak anda rasa anda nak kahwin ataupun tidak?

Tidak semua orang berniat untuk berkahwin sebenarnya, kadang kala mereka ini merasakan bahawa perkahwinan ini satu perkara yang merumitkan malah menambah tanggungjawab yang sedia anda. Cuba lihat rakan-rakan anda tentu sahaja yang akan mempunyai perasaan sebegini.



Nak tahu yang anda ini nak kahwin ataupun tidak? Cuba lihat tanda-tanda ini.

1. Malas nak cari jodoh.

Jodoh itu tidak akan datang bergolek dengan sendirinya, sudah tentulah ia memerlukan usaha bersamanya. Jika anda malas nak cari jodoh malah tidak mahu berusaha dalam mencari jodoh sudah tentulah anda tidak akan berjumpa dengan jodoh anda, jadi macam mana nak kahwin?

Macam nak kahwin tapi tak ada kekasih hati, tentu tak boleh kahwin kan?



2. Tidak berdoa.

Jika anda telah berusaha tetapi anda tidak memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan dan disegerakan jodoh tentu sahaja anda tidak mendapat bayangnya. Nak cari jodoh ini perlu disertakan dengan usaha dan doa, jika ada dua perkara ini tentu sahaja akan dipermudahkan.

3. Banyak alasan.

Bila mak tanya bila nak kahwin, anda akan gunakan pelbagai alasan yang kadang kala tak terima akal. Sebagai contoh, anda gunakan alasan sebagai tak ada pasangan lagi, tak ada harta lagi ataupun tak ada duit yang cukup. Ini semua alasan-alasan untuk mengelakkan dari dipaksa kahwin je sebenarnya.



4. Memang tak nak kahwin.

Kalau anda sememangnya sudah berniat untuk tidak berkahwin, maka pencarian jodoh anda itu hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Tak ada yang serius dalam pencarian itu, melainkan jika anda benar-benar jumpa seseorang yang boleh menyakinkan anda.

Tetapi jika anda sudah menutup pintu hati anda dengan niat untuk tidak mahu berkahwin, jadi memang tak berkahwinlah anda.

5. Bila ada yang berkenan anda menolak.

Biasanya kalau tak nak kahwin lagi ini dia mula menolak siapa yang datang dekat pada dirinya. Ada sahaja yang tidak kena pada matanya berkenaan orang terbabit. Sedangkan dalam hati sememangnya tolak dirinya mentah-mentah. Itu yang berjanji macam-macam tapi tak tunai.

Niat nak berkahwin atau tidak itu semuanya ada pada diri kita, kadang kala kita hanya terlalu melihat sekeliling hingga menyebabkan diri sendiri rasa takut untuk berkahwin. Perkahwinan itu adalah satu sunnah yang dituntut. Teramat rugilah jika anda tidak merebut peluang itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen