10 Perkara Kekasih Vs Teman Tapi Mesra.

Oleh: Rafi

Ada beza antara kekasih dengan teman tapi mesra. Selalunya perlakuan anda pasti akan berbeza apabila berdepan dengan dua individu ini. Maklumlah, dengan teman tapi mesra anda tiada perasaan mahu berkahwin dengannya. Dengan kekasih pula ada perancangan mahu berkahwin. Ada beza antara kekasih dengan teman tapi mesra. Selalunya perlakuan anda pasti akan berbeza apabila berdepan dengan dua individu ini. Maklumlah, dengan teman tapi mesra anda tiada perasaan mahu berkahwin dengannya. Dengan kekasih pula ada perancangan mahu berkahwin.



1. Selalunya dengan kekasih, anda hanya ingin tampil dalam keadaan terbaik. Baju hendaklah cantik, seluar perlu sempurna, tudung kena lawa. Pendek kata anda mahu nampak sempurna di depan matanya.

2. Dengan teman baik, selalunya anda lebih terbuka. Tidak perlu tampil cantik pun. Yang penting enjoy.

3. Apabila bersama kekasih, tutur kata lebih tersusun rapi. Bicara lebih sopan. Konon-konon bakal isteri solehah. Lagipun anda begitu bimbang jika tersalah cakap, si dia akan kecil hati.

4. Dengan teman baik, itulah diri anda yang sebenar. Bercakap main lepas sebab dia tidak kisah pun dengan tutur kata anda. Dia lebih faham dan tidak mudah ambil hati.

5. Apabila makan dengan kekasih, anda selalunya tertib. Mengunyah perlahan-lahan. Nampak ayu dan ala-ala wanita Melayu terakhir.



6. Kalau dengan teman tapi mesra, anda lebih enjoy. Memang nampak perilaku sebenar. Bukanlah bermaksud anda gelojoh tetapi anda lebih selesa dan menikmati makanan dengan sebenarnya.

7. Dengan kekasih selalunya akan wujud perangai mengada-ngada. Sikit-sikit hendak merajuk. Dengan harapan sang kekasih memujuk.

8. Dengan teman pula, selalunya jiwa lebih tebal, hati lebih kental. Tiada istilah merajuk. Memang dengan teman selalunya kita lebih banyak kutuk-mengutuk sebagai hiburan.

9. Dengan kekasih selalunya panggilan lebih sopan. Panggilan saya-awak. Nampaklah hormat di situ.

10. Dengan teman, panggilan biasa sahaja. Aku-engkau selalunya jadi pilihan. Lebih selesa begitu. Nampak lebih rapat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen