Jangan Asyik Lihat Kurangnya Suami, Sesekali Lihat Apa Kurangnya Kita Sebagai Isteri.... Isteri-Isteri, Ini Nasihat Khas Buat Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kita selalu mengeluh bahawa suami tidak mampu menjadi pendengar yang baik, setiap cerita yang isteri kongsi selalu buat tak tahu juga malah kadang apa yang isteri mahukan tidak dituruti. Selalu sangat kita dengar luahan hati isteri yang merasakan suaminya mengabaikan dirinya, tapi bagaimana pula dengan suami?

Adakah isteri selalu memahami dan sentiasa anda bersamanya? Adakah isteri sentiasa faham akan penat lelah suami?
Kadang sebagai seorang isteri, kita hanya melihat kurangnya suami dan lebihnya isteri tapi disedari bahawa isteri juga mempunyai kelemahan. Pasangan kita itu tak akan sempurna di mata kita jika kita tidak tahu menghargainya, tetapi orang lain melihat betapa sempurnanya mereka ini.

Isteri-isteri, sedikit nasihat dari Akhtar Syamir buat diri anda, jangan pandang kurangnya suami tapi pandang apa kurangnya kita ini.



Nasihat Buat Isteri.

Isteri. Berhentilah main Facebook dan Instagram tu. Walaupun berniaga online, keluarga kamu menagih masa denganmu.

Isteri. Sudah-sudahlah membawang dengan kawan di group whatsapp. Tak baik mengumpat sana sini pasal orang lain.
Isteri. Alihkan pandangan dari telefonmu ketika suami sedang bercakap dengan kamu.

Isteri. Berhentilah membanding-bandingkan kebahagiaan kamu dan suami dengan orang lain. Suami kamu rasa terhina.

Isteri. Harap peka dengan apa yang suami perlukan. Contohnya selipar mereka yang sudah buruk, kasut yang sudah lama rosak, tali pinggang yang hampir putus dan dompet yang terlalu usang.



Isteri. Jika suami kamu tidak mampu untuk belikan 2 barang, mintalah 1 barang sahaja.

Isteri. Janganlah amalkan membebel sepanjang masa. Perlu tahu beza antara memberitahu, mengingatkan dan membebel.

Isteri. Ketahuilah yang suami kamu banyak korbankan keinginan dia untuk kamu dan anak-anak.

Isteri. Suami kamu sebenarnya penat juga selepas kerja seharian.

Isteri. Melayan dan bermesra dengan lelaki lain sama ada di media sosial atau di dunia nyata adalah satu tanda tidak hormat kepada suami.

Isteri. Jangan cabar suamimu ketika sedang bertengkar.

Isteri. Suamimu tidak menarik kerana kamu tidak menjaga dia.

Isteri. Ketahuilah yang bukan mudah untuk berhenti rokok. Ia perlukan masa, kesabaran dan sokongan berterusan. Bukannya cemuhan.



Isteri. Jika kamu terpaksa tinggal bersama mentua, banyakkan bersabar. Banyakkan perbincangan yang tenang. Terangkan dengan baik jika ada apa-apa masalah.

Isteri. Jika mahu gembira, gembirakanlah suamimu.

Isteri. Jadilah makmum kepada Imam kamu. Jangan berputus asa untuk memujuk suamimu menjadi Imam buat keluarga.

Isteri. Selalulah puji suamimu. Percayalah yang suamimu juga suka dipuji.

Isteri. Jagalah makanan suamimu. Banyakkan ia hasil dari air tanganmu.

Isteri. Sambutlah suamimu pulang dari kerja dengan gembira. Jangan buat tak tahu dan jangan mulakan hari dia di rumah dengan perasaan tidak baik.

Isteri. Selalulah hidangkan makanan buat suamimu.

Isteri. Sentiasa ingatkan yang anda sayangkan suamimu.

Isteri. Ambil tahu mengenai minat dan hobi suamimu. Jangan terus menyekat, tetapi berilah mereka waktu dan masa yang sesuai asalkan ianya tidak keterlaluan.

Isteri. Jangan sesekali jauhkan suami dari keluarganya melainkan suami sendiri setuju yang mereka perlu jauhkan diri dari keluarga yang toksik.



Isteri. Janganlah bersedih jika keluarga mentua atau ipar-duai berperangai tidak baik kepadamu. Mereka hanya manusia. Manusia ada yang baik dan tidak baik. Fokus kepada keluargamu sahaja. Berhenti kusutkan kepada dengan perkara di luar kawalan kamu.

Isteri. Dapatkan bantuan luar jika suamimu sering memukul kamu. Tiada siapa yang patut memukul isterinya. Ada beza cara Islam mendidik dan orang yang panas baran memukul.

Isteri. Jika kamu dicurangi berkali-kali, jangan membalas dengan kecurangan juga. Carilah jalan keluar kerana suamimu tidak lagi menyayangi kamu.

Ini nasihat saya kepada para isteri. Semoga bermanfaat. Kongsikan nasihat ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen