Memang Perit Sikit Nak Kumpul Duit Kahwin Ini, Tapi Nak Mudah Jangan Lupa Buat Perkara Ini Dulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila tarikh perkahwinan semakin dekat, tentu sahaja kita akan lebih memfokuskan kepada arah itu. Nak-nak lagi dalam mencari wang sebagai perbelanjaan majlis kahwin. Kalau orang perempuan mungkin tidak perlu sangat untuk memikirkan hal ini, tetapi kalau orang lelaki tentu sahaja pening kepala nak cari duit.

Sebab itu bila dapat je gaji, terus akan asingkan untuk simpanan duit kahwin. Sanggup kalau hari-hari makan biskut kering atau roti demi memenuhi keinginan kekasih hati. Hantaran mahal bukan satu masalah untuk kita menghalalkannya.



Tapi kalau kekasih hati minta wang hantaran RM20K bukan sehari dua boleh kumpul sebanyak itu, mahu makan bulan atau tahun nak dapat sebanyak itu. Lagi-lagi kalau mereka yang mempunyai masalah bila hujung bulan je akan tarik duit simpanan keluar, memang sampai bila pun tak cukup sebenarnya.

Tak mudah sebenarnya nak kumpul duit yang banyak dalam masa yang sekejap, tetapi kalau kita mendapat sokongan dari kekasih hati tentu sahaja boleh lakukan.



Sebenarnya dalam kumpul wang kahwin ini, jangan terlalu menghukum diri. Cuba untuk relax dan tidak mengabaikan perkara-perkara yang mengeruhkan lagi simpanan kita.

1. Sebelum nak asingkan duit gaji buat simpanan itu, cuba untuk hulurkan sedikit wang kepada ibu ayah anda. Tak dapat nak hulur banyak pun dapat hulur sedikit sudah mencukupi, tapi biasanya mak ayah akan menolak sebab tahu anak mereka ini nak kumpul duit kahwin, tapi apa kata kalau anda beli barang dapur ke, atau belanja mereka makan. Jangan risau duit anda tidak akan kurang tetapi mencukupi.

2. Jangan lupa untuk bersedekah juga. Mungkin ada yang merasakan bahawa duit yang ada itu akan berkurangan. Jangan risau, bersedekah ini sebenarnya akan menambah rezeki yang ada. Tak dapat banyak sedikit pun dah okay. Kalau setiap minggu RM1 pun kira okay dah, Insya Allah, kalau anda bantu orang, pasti jalan hidup akan menjadi lebih mudah.

3. Asingkan duit untuk diri sendiri. Memanglah anda nak kahwin dan sanggup je ikat perut untuk segera cukupkan duit simpanan. Tapi kalau anda menghukum diri anda untuk perkara ini, tak mustahil anda akan segera sakit, malah takut-takut tak sempat kahwin pula nanti. Kalau dapat makan nasi dengan telur pun okay, jangan nak makan biskut kering hari-hari.

4. Asingkan untuk duit kahwin. Masa ini barulah anda boleh simpan wang kahwin anda. Jangan risau walaupun dah tolak-tolak banyak perkara, tetapi kalau anda ikhlas tentu sahaja ia akan dipermudahkan simpanan anda itu.

5. Jangan boros dan berbelanja ikut kemampuan. Mestilah anda pun nak keluar bersama kekasih hati bukan, tapi janganlah berbelanja dekat perkara yang bukan-bukan, cuba ikut kemampuan anda. Minta juga kekasih hati anda memahami yang anda sedang berusaha halalkan dirinya.

Kadang itu kita hanya fokuskan kumpul duit kahwin sahaja sampaikan lupa akan perkara lain. Sedangkan perkara lain itu juga salah satu cara untuk kita memudahkan uruskan kita, disebabkan doa-doa mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen