Jangan Pernah Mengalah Bila Berjuang Dapatkan Restu Ibu Bapa...

Oleh: Zuzu Yasmine

Niat untuk berkahwin sudah tenulah perkara yang sangat menterujakan, nak-nak lagi bila-bila kedua-dua pasangan memberi respond yang baik terhadap perkara itu. Tetapi sebelum nak kahwin, kenalah dapatkan restu ibu bapa dahulu.

Perkahwinan ini adalah satu perkara yang suci di mana ia akan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua pasangan serta kedua-dua belah keluarga. Jangan mendirikan sebuah masjid tanpa restua orang tua kita kerana, menolak ibu bapa dari hidup adalah satu dosa malah ia juga akan melukakan hati mereka yang telah membesarkan dan mendidik semenjak dari kecil lagi.



Perkahwinan tanpa restu ini mungkin kelihatan mudah sahaja kerana, seorang wanita itu apabila sudah berkahwin ia akan menjadi tanggungjawab suaminya. Bahkan, biasanya perkahwinan tanpa restu keluarga ini pada mulanya akan bahagia sebelum sedikit demi sedikit dilanda masalah yang tidak terduga.

Nak-nak lagi jika buat pilihan untuk berkahwin di Thailand secara senyap-senyap. Ibu bapa yang di tolak ke tepi tentu sahaja akan terluka jika mereka ketahui perkara ini. Buat pasangan yang sudah berkahwin ini tentu sahaja merasakan bahawa hubungan mereka ini sudah selamat, dan tiada siapa yang boleh memisahkan mereka.



Namun, bagaimana bapa si gadis yang sepatutnya menjadi wali pernikahan kalian?

Bagaimana pula pendaftaran nikah di dalam Malaysia, jika anda bekahwin di luar?

Kalau memiliki anak dan nikah anda masih belum didaftarkan, bagaimana pula status mereka?

Banyak benda yang perlu difikirkan bukannya boleh membuat keputusan sebarang sahaja.

Kadang kala, ada sebab mengapa ibu bapa anda tidak membenarkan anda untuk bekahwin dengan pilihan hati anda. Ibu bapa anda ini lebih banyak memakan garam sebelum anda, jadi tentu dengan sekali langkah sahaja dia sudah tahu baik buruknya pasangan anda itu.



Akan tetapi, kalau anda benar-benar mahukan si dia menjadi pasangan anda, cuba untuk berbincang. Jangan bila restu tak diberi mula membrontak, mula nak ugut kahwin lari. Itu semua adalah kesilapan yang besar.

Antara yang boleh anda lakukan adalah dengan;

1. Membawa pasangan berkenalan dengan ibu bapa anda. Jumpa dan beramah mesra dengan mereka selama mungkin. Jangan bawa sekali sekala, tetapi dengan kerap.

2. Cari tahu apa kelemahan dan cuba baiki kelemahan tersebut. Kita ini tidak sempurna, mana tahu ibu bapa anda lihat mana kurangnya pasangan anda, jadi sama-sama perbaikinya.

3. Yakinkan mereka bahawa pasangan anda itu adalah orang yang tepat sebagai peneman anda. Jika anda tidak berusaha untuk menyakinkan, mereka pun tiada usaha untuk menerima pasangan anda itu.

Jangan anggap mudah berkenaan restu ibu bapa ini, mereka ini sebenarnya salah satu jalan anda untuk mendapatkan kebahagiaan dalam rumahtangga kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen