Berbuat Baiklah Pada Isteri-Isteri Kamu, Berdosa Jika Tidak Berbuat Baik Padanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Isteri itu adalah Lorong rezeki buat suaminya, maka dengan itu, suaminya perlu memperlakukannya dengan baik, malah jangan sesekali melukakan hati isteri sendiri. Tapi pada masa ini telah berbeza, di mana suami-suami lebih mementingkan orang luar bebanding isterinya sendiri, terutamanya rakan-rakannya.

Dalam Islam sentiasa menyuruh umutnya untuk berbaik kepada umat-umatnya tetapi isteri mendapat keistimewaan yang lebih.

Anjuran berbuat baik kepada isteri adalah sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“… Dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik” — Surah An-Nisa ayat 19

Merenung ayat ini, jelaslah kepada kita bahawa hukum berbuat baik kepada isteri adalah WAJIB. Ini merupakan satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap suami. Bagi suami yang gagal melayan isterinya dengan baik sedangkan dia taat kepada suaminya, ini akan mengundang dosa.



Ingatlah wahai suami sekalian akan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-sebaik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya” — Riwayat al-Tirmidzi

Kewajipan Memberi Layanan Sopan & Berbuat Baik Kepada Isteri

Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang berlemah-lembut terhadap ahli keluarganya.



Para suami, lihatlah dalam diri kalian:

Adakah hari ini akhlak kalian baik dengan isteri dan anak-anak?

Atau adakah sebaliknya?

“Everyone should do good to his family members first. Charity to others at the expense of those under your care at home…”
Posted by Mufti Ismail Menk on Monday, 15 October 2018

Janganlah jadi lelaki yang tidak bagus akhlaknya. Apabila dia bersama kawan-kawan, perangainya sangat baik.

Jika kawan-kawannya dalam kesusahan, dia sanggup menolong walau apa cara pun. Bahkan sanggup membelanjakan wangnya untuk mereka. Sedangkan kawan-kawannya tidak sentiasa ada bersama denganya ketika susah.

Namun apabila bersama isteri dan anak-anak, lelaki seperti ini menjadi sebaliknya.. Sekiranya isteri dalam kesusahan, dia tidak sanggup bergolok gadai. Bahkan rela membiarkan orang lain yang menolong disaat isteri memerlukan kehadirannya.

Paling menyedihkan jika dia hanya membiarkan isteri keseorangan menjaga hal ehwal kebajikan anak-anak. Sedangkan dia langsung tidak mempedulikan zuriatnya sendiri.



Kasihan isteri itu.

Apabila dia meminta sedikit wang untuk menampung perbelanjaan rumah, suami memberikan pelbagai alasan.

Apabila diminta sedikit masa untuk bersama-sama, suami menyatakan dia sedang sibuk.

Suami seperti ini belum layak dikatakan bertanggungjawab kepada isteri dan keluarga.

Maka disebabkan itu, janganlah kita ingat bahawa orang yang paling sempurna iman itu adalah orang yang kuat menghafal al-Quran, walaupun ia bagus.

Kesempurnaan iman juga tidak terletak pada pakaian bukan juga pada jubah yang kita pakai. Tidak juga pada songkok, kopiah atau serban yang digunakan.

Rasulullah SAW berkata, orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya terhadap isteri dan ahli keluarga.

Maka Berlemah Lembutlah Dalam Mendidik Isteri

Ingatlah pesanan baginda supaya berlemah lembut dan berhemah ketika mendidik isteri dan anak-anak.

Apalah salahnya jika kita sentiasa mengenang kebaikan isteri.

Kalaulah dihitung dan direnungkan dengan teliti, setiap suami akan mendapati insan yang paling banyak berkorban untuknya ialah isteri.

Sematkan dalam diri kita, walaupun isteri ada melakukan sebarang kesilapan anggaplah ia terjadi kerana emosi dan hormonya yang adakalanya tidak stabil.



Ingat, perkara ini langsung tidak memberi gambaran keseluruhan tabiat isteri.

Percayalah bahawa setiap isteri telah memberikan banyak sumbangan kepada suami.

Maka sentiasalah bermuhasabah dan fikir-fikirkan serta imbang-imbangkanlah dengan kesilapan yang mereka lakukan.
Jika ini kita dapat lakukan, maka sudah pasti kita akan dapat melihat kesilapan mereka amat kecil berbanding pengorbanan yang telah mereka buat.

Kita manusia, isteri dan anak-anak juga adalah manusia.

Sesungguhnya sebagai manusia, sudah tentu tiada yang sempurna dan tiada yang tidak melakukan kesilapan.

Pasti ada!

Bahkan kita juga sudah pasti ada melakukan kesilapan yang sama. Cuma barangkali ia terhijap dan tidak diketahui orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen