Apabila Hubungan Diuji.

Oleh: Rafi

Ujian dalam kehidupan boleh dikatakan sebagai asam garam. Tiada kehidupan yang sentiasa manis. Pasti ada masalah dihadapi. Inilah yang dikatakan indahnya kehidupan. Ada cara terbaik untuk berdepan dengan ujian yang datang dalam perhubungan. Selidiki hubungan anda dengan pasangan. Kukuhkan hubungan supaya ujian yang datang boleh dihadapi bersama.



1. Banyakkan bersabar.

Sabar ialah sifat terpuji yang membolehkan keadaan menjadi lebih baik. Jadi, jika sedang berdepan dengan ujian, bersabarlah dahulu. Jangan terus melenting atau kelam-kabut. Kecil atau besar ujiannya, itu bukan persoalan. Sebaliknya cara anda berdepan dengan ujian itu lebih penting.



2. Cari jalan penyelesaian.

Mencari jalan penyelesaian sebenarnya bukanlah mudah. Ini kerana ada antara kita yang terarah untuk mencari siapakah yang bersalah dalam masalah yang melanda. Elakkan daripada mencari salah siapa. Sebaliknya fokus kepada punca masalah dan cara untuk meleraikannya.

3. Jangan berdendam.

Ujian yang datang dalam perhubungan sama ada hubungan cinta atau suami isteri, menuntut banyak pengorbanan. Salah seorang harus mengalah. Jika kedua-duanya menunjukkan ego masing-masing, maka hubungan anda tidak akan ke mana. Justeru, elakkan daripada berdendam antara anda berdua. Dendam tidak akan membawa sebarang kebaikan pun. Malah anda sebenarnya mengeruhkan suasana. Apabila hal ini berlaku, tidak mustahil silaturahim antara anda akan terputus..

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen