Jangan Jadikan Kekecewaan Sebelum Ini Sebagai Satu Dendam, Ayuh Kita Move On Dari Rasa Sakit & Beri Insan Lain Bertahta Di Hati Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kesakitan yang pernah dirasai itu bukan sebagai niat untuk membalas dendam dekat mereka yang tidak sepatutnya. Kesakitan yang dirasai itu adalah satu pengajaran dan pendoman hidup agar kita tidak memperlakukan orang lain seperti itu.

Tapi ada yang mengambil perkara ini sebagai satu alat membalas dendam untuk menyakiti insan lain.

Rasa kecewa, sedih, dicurangi, ditipu serta dikhianti itu memang menyakitkan, jangan kerana luka itu kita melukakan insan lain yang tulus mencintai kita seadanya.

Sedikit nukilan dari Syafiq Ridhwan ini sememangnya mempunyai maksud yang mendalam. Sama-sama kita move dari rasa sakit itu.



Kalau kau pernah dikecewakan sebelum ini.

Tolong tanamkan dalam diri kau untuk tidak buat benda yang sama pada orang lain. Tolong beritahu pada diri kau, jangan sekali-kali berdendam dan melunaskan dendam itu pada orang lain. Jangan sekali-kali.

Dan jangan disebabkan hanya seorang, kau menganggap tiap-tiap orang itu begitu. Hanya semata hilang keyakinan pada seorang, kau mengabdikan kitaran kesakitan ini pada mereka yang ikhlas berjuang.

Semua orang yang pernah mengalami, tahu akan kesakitan ini. Dan ia mengambil masa berbulan hatta bertahun-tahun untuk kau benar-benar move on.



Tapi untuk terus menerus menyakiti orang lain, ini bukan caranya.

Jadilah orang yang berpegang teguh dengan diri sendiri. Berdiri bersama nilai-nilai moral yang utuh. Dan jadilah orang yang menolak bahawa kesakitan ini hanyalah berhak untuk dinikmati semua orang selepas dia dikhianati.

Sejauh mana kau menanam kesakitan ini pada orang lain, pada akhirnya kau hanya sekadar menghancurkan diri kau sendiri perlahan-lahan.

Kau cuma ada dua pilihan dalam hidup ini. Sama ada kau mengatasi semua ini dengan menjadi manusia yang jauh lebih baik, ataupun terperangkap di dalam satu tubuh yang penuh dendam dan kesakitan.

Kau tak sama macam orang lain. Percayalah.

Dan kau jauh lebih baik daripada dia yang pernah mengecewakan kau pada kali pertama, satu tika dulu.

Kau akan baik-baik sahaja kawan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen