Jika Anda Mempunyai Kawan Baik, Bermakna Anda Miliki Segalanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

 

Setiap orang biasanya aka nada seorang sahabat baik. Kata orang, untuk apa milik ramai kawan andai tidak berkualiti, cukuplah milik seorang kawan baik tetapi berkualiti. Namun, tak semua orang berpendapat bahawa milik kawan baik itu adalah keperluan dan berasa penting. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai sahabat baik, ketahuilah anda adalah antara yang beruntung.



• Jika anda mempunyai kawan baik, anda mempunyai keluarga anda sendiri.

Anda mempunyai kawan seumpama ibu yang penyayang yang akan sentiasa menyayangi anda tanpa syarat, anda mempunyai kawan umpama bapa yang bijak membimbing anda apabila anda tiada arah tuju, anda mempunyai saudara yang melindungi yang akan selalu ada di belakang anda dan anda mempunyai sahabat sekepala yang boleh lakukan apa-apa bersama atau dengan kata lain ‘partner in crime’.

• Jika anda mempunyai kawan baik, anda mempunyai sistem sokongan.

Anda tidak akan bersendirian, mereka akan bersama anda dalam apa jua keadaan, dalam kegembiraan dan kedukaan anda, pada tahap tertinggi dan paling rendah. Dialah yang akan setia berdiri di samping anda meski seluruh dunia pun meninggalkan anda.



• Jika anda mempunyai kawan baik, anda mempunyai teman ‘travel’.

Pastinya ramai antara kita menyukai aktiviti travel. Jika mahu travel sendirian, tidak seronok pula. Andai ada kawan baik yang mempunyai minat yang sama, pasti segalanya tidak akan menjadi masalah lagi. Tunggu sahaja tabung travel penuh, terus tempeh tiket dan destinasi untuk dijelajahi bersama-sama. Selain travel juga, aktiviti seperti hiking turut menjadi minat seseorang, apatah lagi bila ada teman yang boleh ikut serta.

• Jika anda mempunyai kawan baik, anda mempunyai cinta.

Apabila orang lain tengah sibuk mencari pasangan dek kerana berasa sunyi jika tidak ada pasangan kekasih, anda tidak perlu tergesa-gesa kerana anda mempunyai kawan baik yang boleh menemani anda setiap masa anda perlukan. Anda tidak akan berasa sunyi jika kawan baik itu sentiasa bersedia untuk anda meskipun melalui telefon. Pada masa yang sama, kalian juga boleh saling menyayangi tetapi tidak melebihi sebagai seorang sahabat.

Sekiranya anda mempunyai kawan baik, anda tidak akan merasa tidak disayangi. Jika anda mempunyai kawan yang baik, anda akan sentiasa mempunyai seseorang untuk membetulkan anda apabila anda tersasar. Sekiranya anda mempunyai kawan baik, anda tidak mungkin akan berasa kesunyian.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen