Bila Seorang Wanita Itu Gembira, Ia Akan Jelas Terpancar Pada Wajahnya. Jangan Kata Isteri Anda Itu Gembira Kalau Tak Nampak 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika anda seorang suami, jangan terlalu mudah membuat andaian bahawa isteri anda itu bahagia bersama anda, kerana merasakan dia sentiasa ada bersama anda susah dan senang. Tugas seorang isteri itu perlu patuh pada suaminya, tapi bila hatinya mendidih pun kadang kala suami tak mengerti dan ketahui.

Nak-nak lagi, bila isteri melakukan semua perkara sendiri. Maka ramai yang menganggap bahawa “ohh… isteri aku ni bahagia dengan aku” sedangkan di dalam hati bukan main kecewa dengan sikap suaminya.



Suami kena tahu, kebahagiaan wanita itu mudah terpancar pada wajahnya. Dia bahagia ataupun tidak, boleh dibaca melalui wajahnya. Tapi kalau suami-suami masih tak faham lagi, apa kata baca ini.

1. Wajah yang ceria.

Kalau dah nampak wajahnya yang ceria itu sudah tentu ia akan sebahagia hatinya. Ini kerana, orang perempuan ini teramat sukar untuk menyorokkan kegembiraan yang diperolehinya. Cuba kalau anda memberinya wang, atau mengambil hatinya tentu sahaja akan terpancar pada wajahnya.



2. Tidur yang nyenyak.

Buat pasangan yang sudah berkahwin, jika isteri anda mampu tidur dengan nyenyak tanpa sebarang gangguan, itu tandanya dia sedang gembira. Di mana waktu tidurnya tiada gangguan. Malah itu juga tanda dirinya mampu memiliki rehat yang cukup. Cuba kalau dia banyak fikir malah banyak perkara yang perlu dilakukan, tentu tidurnya sering terganggu.

3. Sentiasa bersemangat.

Dari wajahnya anda tahu bahawa dia sedang bersemangat untuk melakukan sesuatu walaupun hari tersebut akan menjadi hari yang sibuk. Tapi kerana dirinya terasa bahagia bersama anda, jadi dia mampu melalui hari-harinya dengan penuh semangat. Penah nampak pasangan anda begitu?



4. Sentiasa ingin dekat dengan anda.

Dia tak tarik muka, malah senang jika berada di sisi anda. Malah dirinya tidak akan keseorangan tanpa layanan. Dia sedia di sisi untuk memberi apa yang anda mahukan serta senang untuk berehat-rehat bersama anda.

5. Petah berkata-kata.

Ramai yang menyatakan bahawa seseorang wanita itu gembira apabila dirinya petah berkata-kata dan tidak hanya mendiamkan diri. Malah jika ia terus menerus berkongsi cerita dan membebel, itu salah satu tanda dia bahagia.

Orang lelaki ini kadang kala tak cekap melihat pasangan sendiri, sehingga pasangan itu gembira ataupun tidak dia pun tak tahu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen