Bukan Masa Bercinta Je Kena Bercinta, Lepas Kahwin Lagi Kena Bercinta Sampai Syurga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai dah yang memberi nasihat, kalau nak rumahttangga bahagia maka jangan pernah berhenti bercinta. Bila sudah menjadi yang sah, kalau berhenti bercinta hubungan akan semakin hambar dan tidak berseri macam masa mula-mula bercinta.

Nak-nak lagi kalau dah memiliki anak, tentu sahaja hubungan akan menjadi lebih terganggu malah suami isteri tidak boleh memfokuskan antara hubungan dan juga anak-anak. Itu belum lagi jika pasangan anda ini sibuk menguruskan rumah, menguruskan kerjayanya, lagilah membuatkan hubungan semakin suram.


Bila suruh terus menerus bercinta ini, bukannya buat perangai masa ketika bercinta tetapi tetap memikat hati pasangan antara satu sama lain. Jangan bagi sedikit pun perasaan akan bahawa perkahwinan ini hanya sekadar tanggungjawab sahaja, sedangkan ia penuh dengan kasih sayang.



Macam mana nak bercinta selepas kahwin?

1. Jangan lupa untuk membantu isteri anda. Hubungan akan lebih romantik kalau suami isteri ini saling membantu dalam melakukan tugas rumah, malah isteri juga lebih cepat rehat untuk luangkan masa bersama suami.

2. Walaupun telah memiliki anak-anak, jangan lupa untuk spend time together. Seminggu sekali mesti luangkan masa bersama-sama di luar rumah. Bukan pergi bercuti tetapi pergi jalan-jalan bersama pasangan macam anda waktu bercinta dulu. Pergi ke taman untuk jogging atau pun pergi ke mall membeli belah.

3. Bila dah kahwin ini, pasangan sememangnya tidak akan mengawal ketat macam masa bercinta dulu. Namun, jangan cuba-cuba untuk mengambil kesempatan ke atas pasangan anda. Walaupun dirinya membiarkan anda membuat apa yang anda suka tapi itu tidak bermakna anda boleh mengambil kesempatan ke atasnya.

4. Apa yang menarik dalam hubungan ini sudah tentulah kejutan. Sekali sekala apa salahnya kalau anda lakukan sedikit kejutan buat pasangan anda. Kalau yang suami bawalah sekuntum bunga buat isteri, yang isteri boleh masak sesuatu yang istimewa sedikit.

5. Jangan lupa untuk saling mendengar dan berkongsi. Kalau masa bercinta dahulu sanggup sahaja bergayut di telefon selama berjam-jam, kini bila berpeluang untuk bercakap terus tiada pula cerita. Masa dah kahwin inilah lagi banyak cerita yang dikongsi.

Jika anda tak fokuskan betul-betul akan perkara ini memang ramai yang sudah tak ambil kisah lagi. Tapi jika anda merasakan bahawa perkara ini akan membawa seri dan kebahagiaan dalam rumahtangga tentu anda akan lakukannya.

Malah, jangan anggap anak itu sebagai penghalang untuk anda lakukan ini tetapi jadikan mereka ini sebagai salah satu bahan untuk anda bercinta dengan pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen