Bila Ada Masalah, Selesaikan Bukanya Diamkan Sampai Rosak Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam hubungan yang terbina ini, tak akan pernah lari dari masalah dan salah faham. Itu adalah perkara biasa yang berlaku dalam rumahtangga, perhubungan mahupun persaudaraan. Tidak semua perkara yang berlaku dalam rumahtangga itu manis berlaku, nak-nak lagi bila saling kurang mempunyai masa.



Namun jika hubungan tersebut tidak diperbaiki mahupun diperbetulkan belum tentu hubungan boleh menjadi satu yang membahagiakan. Itu semua bergantung bagaimana setiap pasangan mengendalikannya.

Jika rasa ada masalah dalam hubungan itu, jangan hanya buat tak tahu sahaja dan mengharap bahawa ia akan baik seperti sedia kala. Cuba lakukan langkah ini dalam menangani maslah tersebut.

1. Cuba salah seorang itu mencari apa yang tak kena dengan hubungan tersebut. Jangan biarkan hubungan yang keruh terlalu lama, mungkin ia akan memberi kesan yang lebih mendalam. Tanya pasangan dan selesaikan bersama.

2. Bila marah dan begitu beremosi, kadang kala mulut ini memang sukar untuk dikawal. Jadi cuba untuk bertahan dengan menyatakan sesuatu yang menyakitkan hati atau kata yang kasar. Kalau rasa nak marah, baik diam dan bincang lain kali.

3. Tak salah pun kalau anda merasakan salah itu datang dari anda, dan anda mengaku bahawa setiap perbuatan itu salah. Ingat mengalah ini bukan tandanya kalah tapi sayang akan hubungan yang ada.

4. Anda marah, pasangan terluka jadi apa yang terbaik kalau nak selesaikan masalah ini? Sudah tentulah cuba untuk beri ruang kepada diri masing-masing dan juga pasangan. Bila semuanya dah sejuk maka kembali berbincang semula.

5. Perkara yang kerap kali mana-mana orang akan lakukan bila dalam keadaan emosi tidak terkawal sudah tentulah memaksa inginkan penjelasan. Jangan memaksa pasangan kerana ia membuatkan masalah tidak akan selesai. Sebaliknya cuba untuk berbincang bukan mencetuskan pergaduhan yang lagi teruk.

Apabila terdapat masalah dalam hubungan, gunakan cara perbincangan dengan baik agar kedua-duanya selesa untuk menyuarakan apa yang tersisa di dalam hati. Jangan menggunakan sesuatu yang hanya menambah malah melukakan pasangan. Boleh jadi masalah itu timbul dari pihak anda. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen